BuahKranjiDalamPerahu


Sorong Papan Tarik Papan
Buah Kranji Dalam Perahu


Anak kelahiran Bandaraya Bersejarah tetapi membesar di kota metropolitan Kolumpo. Merantau ke Lumut mencari rezeki di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong. Pernah belayar membelah ombak dengan Patrol Craft, Offshore Patrol Craft, Corvette dan terakhir sebelum ke darat Fast Attack Craft. Walaupun lama di lautan ia belum pernah membuatkan aku Lupa daratan. Sekarang, bagai sireh pulang ke gagang kembali ke tempat permainan kota metropolitan dan akan kekal bertugas di sini sehingga dibenci.

Mempunyai ketinggian normal lelaki asia 172 cm dan berat ideal 70 kg. Dalam cubaan untuk menurunkan lagi ke 68kg (akibat terpesona dengan iklan diet). Kegemaran merapu (blogging) dan kini mula berjinak-jinak dengan menebas gaya moden (Golf le). Terpanggil untuk menulis blog setelah melihat Khir Toyo pun dah ada blog.

Akhir kata, Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan....

Salam

1 comment:

sejutawajah said...

salam,
boleh tahan jugak susun kata adik ipar nie..patutla makcik ct suka..:) neway,katanya mak n abah n dtg kltn,jgn lupa kol k.yana,tidur umh k.yana jek,x pyh ssh2 dok hotel..daa...