كوالا لومڤور







Kuala Lumpur (Kolumpo) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (kampung den) merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.


Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.


Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.


Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini. Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada rumah beratap rumbia kepada bangunan moden seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak. Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur akhirnya diikhtiraf sebagai Wilayah Persekutuan Malaysia yang pertama.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Manakala pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke ibu negara baru Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.


Wilayah persekutuan Kuala Lumpur adalah antara bandar raya paling maju dan moden di Asia Tenggara setanding Singapura, Bangkok dan Jakarta.Malaysia adalah sumber pengimpotan tenaga buruh bagi rakyat asing seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Ramai rakyat asing dalam kalangan negara jiran atau lebih spesifik asia tenggara(ASEAN) telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkumi kawasan seluas 243.65 km2 dan terbahagi kepada 3 daerah :

Kuala Lumpur (pusat bandar)
Cheras

Setapak


Dari segi Geografi, kedudukan sebenarnya adalah 3°08 Utara, 101°42 Timur. Kuala Lumpur dahulunya merupakan sebahagian dari negeri Selangor. Dijadikan Wilayah Persekutuan sejak tahun 1972 dan diasingkan daripada negeri Selangor.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga boleh dibahagikan secara politik kepada 11 kawasan parlimen :-


Bandar Tun Razak

Batu

Bukit Bintang (yeyeh area)

Cheras (Banyak Awek nurse sini..HUKM)

Kepong

Lembah Pantai

Segambut

Seputeh

Setiawangsa (ghumah aku kat sini)

Titiwangsa (Eye Of The World kek sini)

Wangsa Maju

No comments: