ESOK HARI YANG INDAH SEINDAH BUNGA CITRA LESTARI

'' Hujan turun dengan lebat, Nafas mona kian sesak. Cikgu dolah tersandar sambil menghembuskan asap rokok ke luar''


Adus...senak plak. Benda macam nilah yang membantutkan pembacaan aku, baru nak sahut seruan kerajaan menjadi masyarakat pencinta ilmu. Malam malam macam ni air cond kapal di bawah tahap beku. Silap lah tadi sebelum tido aku tibai jus oren. Malas betul lah nak g toilet, walaupun toilet tu cume 7,8 langkah. Tapi keadaan luar bilik nak ke toilet yang gelap tu membuatkan aku berpikir dua tiga kali. Malam je lepas pipe down, dalam pukul 1030H, semua lampu dalam kapal akan dimatikan dan digantikan ngan lampu berwarna merah. So, memang seram skit la.

Ahh seram ke tak itu no 2, masalah nye sekarang aku cinta kan buah pinggang aku. Aku hentikan monolog dalaman aku lalu bergegas keluar untuk mencari toilet. Roomate aku yang seramai 5 orang sume sedang nyenyak tido. Kepenatan membuat latihan petang tadi barangkali. Krek krek.. Pintu bilik aku kuak. Nak ke toilet aku kene lintas kabin Peg Peperangan, kabin peg Jurutera, wardroom ngan kabin peg tadbir.

Aku menyusun langkah slow mo sebab tanak orang terganggu ngan pergerakan aku. Sampai toilet cepat cepat aku menunaikan hajat. fuhh...seribu kenikmatan aku rasakan.

Aku menyusun langkah ke bilik. Sampai di Wardroom langkah aku matikan segera, aku macam terdengar suatu bunyi plak. Aku cuba amati bunyi bunyian itu dengan selanjutnya...
Wah wah sudah.... Apehal plak suare orang nangis kat tengah laut malam malam camni. Shit...
Bulu rome aku tegak dengan sendiri. Suasana sunyi sebentar, tiba tiba kedengaran plak suara hinggus dihembus. ''Bunyi orang nangis ni'' kata aku bermonolog.

Ini xleh jadi ni, bunyi macam ni xleh dibiarkan aku kene siasat. setiap kabin di laluan aku lekapkan telinga tapi takde paper bunyi. kecuali kabinPeg Peperangan, macam ade sesuatu je.

Aku nekad, aku musti tengok bilik ni, bilik peg peperangan dihuni oleh dua orang, salah seorang daripadanya sedang duty membawa kapal, makna nya tinggal sorang jer dalam bilik tu. Dalam kepala hotak aku mungkin si A (gelaran penghuni kabin peg peperangan) ade masalah. Mungkin die sedang berhutang dengan along yang mengugut untuk membakar rumahnya, x pun cintanya ngan minachi baru ni ditolak lagi kerana die tak hensem hero tamil yang lain atau..... Ade sesuatu sedang bertenggek di atas katilnya sambil menangis???

Sial, aku harap yang last tu hanya andaian bodo aku jer. Aku tak mampu lagi nak berhadapan ngan bende bende camtu.

Pintu biliknye aku terjah, aku terus tekan suis membuka lampu. Aku separa terkejut, aku nampak , aku nampak..................


Laptop terpasang dengan cerita Kabhi Kushi Kabhi Gam part Amitab Batchan halau Shah Rukh Khan. Si A plak kelam kabut mengesat mata dan hingus sambil tanggo yang die sedang selsema.

Ceh tengok Hindustan pun nak Emo.

Aku bergegas ke kabin untuk menyambung pembacaan aku yang terbantut, aku terbayang hari esok yang indah.


3 comments:

Misya Idris said...

huhuh besh besh!!

sayang said...

hepi new year.. hahaha.. ape la, tgk hindustan pun nak emo...

Nadd said...

heheh klakar beb.. setting dah seram dah.. punchline mmg sakit perut hahahah..