PELAMIN ANGANKU MUSNAH

Sekolah Tadbir Awam
Pejabat Awam

25990 KUANTAN

Pahang Darul Makmur

Tel: 09- 5344344 Samb 474


Dis 08


Pers/4614/08

Pejabat Awam

(Untuk Perhatian : En Sabarudin)

d/a Pejabat Awam Kuantan

25990 KUANTAN

Pahang Darul Makmur



Tuan,



MEMOHON KEBENARAN BERNIKAH


  1. Saya Mohd DolHelmy bin Ayub , berumur 24 tahun dan masih bujang ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk saya bernikah pada 03 Julai 2009. Majlis perkahwinan ini akan dilangsungkan pada tarikh tersebut di rumah pasangan saya. Bagi majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan di rumah saya pada 05 Julai 2009.



  1. Bakal isteri saya ialah Cik Suhaili bte Saat, berumur 24 tahun dan masih bujang. Kami berkenalan sewaktu sedang belajar di UTM dulu, saya selalu mengganggunya sewaktu beliau pulang dari kelas malam. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta.Walaupun pada mulanya dia sangat menyampah pada saya, lama lama die mula rindu dan kemudian jatuh cinta pada saya, walaupun saya tak kaya. Dia tidak memandang pada harta. Kami saling sama cinta menyintai.Oh ya, Beliau adalah seorang penuntut Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Bukan calang calang orang tau. Budak U tu.



  1. Untuk makluman pihak tuan, saya telah mengikat tali pertunangan pada 21 September 2007 dan tempoh ikatan selama dua tahun. Seandainya saya masih tidak bernikah setelah 2 tahun, maka apalah pula pandangan orang kampung isteri saya terhadap saya. Mungkin mereka akan menabur fitnah ke atas saya. Untuk itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberikan kebenaran bernikah dan seterusnya melangsungkan majlis perkahwinan pada tarikh-tarikh yang disebutkan.



  1. Saya berjanji akan memastikan urusan perkahwinan saya ini tidak menggangu masa pengajian saya di sini. Seterusnya, saya berjanji akan memberi sepenuh komitmen sepanjang mengikuti pengajian di sini dan sedia bertanggungjawab sekiranya wujud sebarang masalah kelak. Saya juga berjanji akan menjadi suami yang baik serta berguna kepada isteri dan bapak mertua saya nanti.



  1. Majlis perkahwinan ini akan dilangsungkan di 123 Lorong Merpati, Taman Musibah Sungai Mati, 84000 Muar, Johor. Ya, bakal isteri saya memang orang Muar.



  1. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.Saya berharap agar permohonan ingin berkahwin saya dapat diluluskan agar tiada pihak yang akan kecewa. Kebenaran dari pihak tuan akan saya hadiahkan dengan kad kahwin. Jemput lah hadir bersama.



Saya yang gatal dah nak kawin



MOHD DOLHELMI BIN AYUB




P/S: Surat mintak nak kawen member aku yang aku dah rosakkan... Harap harap die baca dulu sebelum hantar kat bos..hehehehe

8 comments:

Baby Tiger said...

herheheh klakar ar

Penchenta Dosa said...

aku igt nak mengadu kat imegresen pasal penipuan surat rasmi kau arituh.. biar passport kene tarik balik..

l0veyd0veyd00 said...

hahhahahah... sungguh badigol anda...

sayang said...

pejabat awam tu kat mane?

BuahKranjiDalamPerahu said...

hahaha cubaan menarik..pejabat awam adalah di depan kedai cendol kuantan..

p/s: nama dan alamat sebenar tak dapat diberikan atas sebab keselamatan pangkalan...

nurain said...

hehhehe..

rase nak lempang laju2 je

BuahKranjiDalamPerahu said...

Jangan laju sangat boleh meninggalkan kesan yang lebam..kamu boleh di saman oleh sebab itu..

aisyan said...

Mana gambaqnya...den nak tengok...

Is Slim Better Than Obese?

More On Slimming Medicines

Get To Financial Freedom

What's New On Anti Aging Products