HARAM

Lokasi : Kedai makan ala barat yang menghidangkan berbagai jenis steak.

Lagu Tema : Wonderfull Tonight-Eric Clapton.

Pelakon: Tiga orang Abdul dan seorang pelayan kecil genit. Abdul Satu, seorang yang aktif dalam bidang sukan dan suka berpeluh. Abdul Dua , bapa penyayang kepada dua orang anak yang comel, suka menggigit kuku. Abdul Tiga, seorang bujang yang masih mencari cinta. Pelayan muda dalam lingkungan 20 an bermata sepet, memakai skirt pendek dan boot cowboy, orang jawa moden.

Abdul Satu : Jom kita makan steak, dah lama aku tak makan mewah mewah ni. (cakap sambil berpeluh)

Abdul Dua: Jom jom jom ( separa mengelinjang )

Abdul Tiga: (sekadar menganguk kecil)



Mereka bertiga duduk si satu sudut mengadap TV yang menayangkan pertandingan Golf tanpa suara, Lagu Wonderfull Tonight berkumandang menghidupkan suasana Country, sesuai dengan tema Western restoran itu. Pelayan seorang gadis kecil genit datang mengambil pesanan dengan membawa menu dan buku tulis kecil.

Pelayan: Yes sir, can i have your order sir. (Dengan wajah yang manis)

Abdul Dua: Err, ape yang ade dik?

Pelayan: Macam macam ada bang, tengok je menu ni, semua steak ada, saya suggest Black pepper steak dan cowboy steak bang, menu yang tu memang favourite kat sini bang.

Abdul Tiga: Sebelum tu abang nak tanya skit boleh tak dik?

Pelayan: Ade apa bang?

Abdul Tiga: Halal ke makanan kat sini dik? bukan ape abang tengok semua orang asing jer makan kat sini. Seram pulak abang.

Abdul Satu: Eh yer la, lain macam jer abang tengok, sini ade jual ba alif ba ya ke dik?

Pelayan: Eh bang , takderlah, sini tak jual daging ba alif ba ya bang, sini jual steak daging lembu ngan kambing je, ayam ade lah. Abang jangan risau kedai ni ade label halal, tengok tu Chef kita pun melayu ( sambil menunding ke arah dapur yang dipisah kan dengan cermin, kelihatan seorang chef melayu seang memanggang daging dengan gaya pro), owner je cina bang, dalam ni ramai mat saleh lepak bang, tu sebab kita buat konsep western.

Abdul Dua: Oh...macam tu, minta maaf la dik yer, kami cuma nak kepastian. Kalau begitu saya nak Bleu Cordal Chicken satu.

Abdul Tiga: Saya bagi Cowboy Steak , well done.

Abdul Satu: Saya pula bagi Sirlion steak bagi well done jugak yer.

Pelayan: Okey bang, minuman bang?

Abdul Satu: Bagi saya Special Brew satu gelas besar yer.

Abdul Dua: Saya pun sama lah, speacial brew satu.

Abdul Tiga: Eh , baik kita amik satu jag terus, tak pun satu bucket jer, senang abis cite. Amiklah Carlsberg Speacial brew satu bucket yer dik.

Pelayan: Carlsberg ke bang? err yelah...(kompius)

Kedengaran Muzik mendendangkan lagu Still got the blues oleh Gary Moore...

*************************************************************************************

7 comments:

Kujie said...

ye..orang selalu mempertikaikan kedai makanan yang halal tapi bukan minum yang haram

hehehe..nice story dan kiasan!

samalah macam pegang babi tu haram..tapi pegang bukan muhrim tu orang buat2 tak tau itu pun haram.

milimilo said...

hoho..agak kelakar..nak mknn halal..skali order calsberg.. :D

Baby Tiger said...

biasala melayu... bab! tak makan, arak leh minum...

BuahKranjiDalamPerahu said...

kujie: betul betul betul...

mimilo: ini lumrah..nanti dah besar nanti kamu akan berjumpa keadaan sebegini k..

baby tiger: bab! dan katak...melayu tak makan sup kaki katak..kat hotel luar negara banyak hidangan aneh..hati hati..

Baby Tiger said...

teringat gi bali early this year..
restoran yang nampak menarik.. tapi bila tengok betul2, nama restoran tu "BABI GULING FATIMAH"

yucks!!

AmaninaYusof said...

Hahaha...arak tu bile pulak masuk kategori halal ek?..konpius2..melayu sekarang..hmmm....

btw, thank sudi tinggal kn komen di blog saya yang ntahapahapa tu..

Penchenta Dosa said...

damn la.. aku die hard fan Liverpool!!