JAMBAN YANG PALING SEKSA SEKALI NAK GUNA DALAM DUNIA


Kajian Terperinci Tandas Kapal


Tarikh Lahir : 1960 an.

Tarikh Tamat Perkhidmatan : 2005 ( dipindah milik ke APMM)

Lebar : Setengah Depa.

Panjang : Kalo duduk angkat kedua dua tangan , hujung jari akan mencecah pintu.

Kelemahan : Ruang yang Sempit dan garis pusat graviti yang rendah, kalo orang tinggi mesti lutut cecah telinga. Nak hisap rokok pun x feel sebab asap akan penuh macam jerebu.

Kelebihan : Kecil mudah dibersihkan, tak perlu pakai pewangi yang banyak nak kasi wangi. Orang jarang duduk lama lama 5 min dah setel. Ade pemegang kat tepi, kalo kapal goyang jangan risau.

Tahap seksa : 3 bintang.

Sebab : Kalo tangan tengah sakit - sakit ke lenguh - lenguh ke, mesti terseksa jiwa dan raga. Ada satu kali tu muscle naik berketul ketul baru setel. Kalo berak keras lagi penat nak pam. Lagi satu tak sesuai nak membuang hajat kalo time cuaca buruk, kompom muntah hijau dalam tu.

Cara Guna : Pam adalah objek disebelah kanan gambar, setelah selesai jiruskan air secukup rasa dan pam seperti pam basikal , ia akan disedut ke dalam dengan bunyi sruup, sruup. Hasil anda akan dihancurkan dan terus di pam keluar kapal.
p/s : Ko ingat seronok dok kapal?

3 comments:

zul lurus said...

pastu taik tu kua ke mana?laut ke?pastu ikan mkn taik tu?pastu kau mkn ikan tu?

panggil aku shEh said...

stuju ngn zul lurus!

ni rentetan peristiwa pilah, balbir n pejal..eeeeeiiiii

BuahKranjiDalamPerahu said...

Zul lurus: ko ingat sedap name zul lurus? Ikan tu aku tangkap and jual kat pasar, alah yang mak ko masak 3 rasa tu..

Sheh: jangan ikut zul lurus, die x lurus sangat sebenarnya.