AKU MAHU JADI PETANI MODEN

Bila pagi je, jam loceng bentuk ayam aku akan berbunyik, berkokok memekak. Aku akan bangun dengan malas untuk ke bilik air. Sebelum tu aku akan berjuang behempas pulas untuk memujuk diri sendiri agar bangun bersiap untuk ke tempat kerja. Aku tak boleh lambat, nanti dilabel tak berdisiplin, tahukah kamu betapa sukarnya ingin membentuk disiplin? Sudah hampir suku abad aku macam tu. Setiap kali jadi macam tulah aku rasa macam nak tukar profesion.

Aku rasa aku nak jadi Petani lah, Petani moden. Aku rasa diorang ni cool. Diorang ni ikut rasmi padi, tunduk tunduk berisi. Tanah atuk ade lah 4, 5 ekar, kalo aku mintak nak usahakan mesti die bagi punye. Dengan pakcik makcik aku mesti boleh slow talk. Aku bagi la diorang skit komisyen. Mesti diorang nak, daripada biarkan tanah tu dengan pokok getah tua, upah cina g motong, pastu kene bahagi due ngan cine tu. Elok rasenye aku yang usahakan.

Aku nak tanam cili dalam due ekar, tanam bawang 2 ekar dan lagi seekar tu nak bela ayam daging skit. Senang kalo orang kampung nak buat kerja kahwin, amik kat aku jer. Kalo kat area ni sebulan dua kali orang kahwin, sekali orang kawin beli 30,40 ekor. kalo dah beribu kali tak ke masyuk tuh? Cili ngan bawang plak mesti tanam cara fertilasi, jimat ruang , terjamin bersih halal dan toyibba, boleh masuk halal hub. Aku akan pastikan baja yang digunakan halal dan tiada unsur unsur yang meragukan.

Dah jadi tokey mesti aku boleh bangun pagi ikut suka aku, aku bajet memula ni nak bangun awal skit dalam kul 9 la, x macam sekarang, kul 0730 pagi dah kene ade kat tempat kerja, kul 9 bangun mandi lebih kurang, ah bukan ade siti nurhaliza pun dalam ladang, tak mandi pun orang tak amik port. Lepas mandi sarung seluar celoreng ngan kemeja lusuh lengan panjang tanak kasi nyamuk gigit pastu pakai topi polis hutan sarung selipar jopun. Start moto honda cup pastu terus ke kedai kopi tepi simpang. Layan dulu mee goreng ngan telur mata goyang kopi 'o' Fuh memang menengking.

Lepak sedas due, isap rokok dulu sepam pastu baru gerak g ladang. Aku bajet skill motorcross aku akan improve sebab jalan nak masuk ladang tu memang mencabar skit. Pepagi aku akan ajak pekerja ladang aku senaman regangan skit skit dulu bagi mencergaskan mereka. Aku nak mereka jadi produktif. Lepas senam aku akan bagi briefing tentang ape nak buat hari tu. Aku akan cube terangkan sampai diorang paham, tapi for sure la aku kene pastikan nepal2 ni paham bahasa melayu dulu. Aku ajar la pelan pelan.

Waktu nak memetik hasil nanti, aku ingat nak buat majlis skit r. Nak ajak ADUN sini buat potong reben. Kasi die potong reben menandakan musim menuai bagi ladang aku. Time tu mesti ade orang surat kabar datang. Peh, masuk paper la aku. Mesti kene dressing smart punye. Xkan nak pakai macam biasa masuk ladang. Koman koman aku mesti pakai kemeja berseluar slack. Xper itu boleh ejaz, bawah umah atuk banyak baju lama. Kalo dah masuk paper sah la perusahaan aku dapat marketing free. Sume orang mesti berebut rebut nak dapatkan produk aku. Aku plak kene la melipat gandakan tanaman aku agar dpat memenuhi permintaan yang hangat di masa itu. Aku akan memperbesarkan lagi ladang dengan membeli tanah org2 kampung yang nak pergi haji. Sure jual murah time tu.

Dah ade duit skit boleh la aku beli storm buat pergi ladang, baru ada gaya koperat nak masuk ladang. Awek awek kampung mesti tak tenang kalo tengok aku melintas. Aku akan jadi buah mulut makcik2 dan pakcik2 yang ade anak dara, semua mahukan aku sebagai menantu mereka. Waktu tu aku hanya mampu tersenyum. He he he.

Pukul berapa dah ni?
0720H

Cilakak, Berangan lagi. Pagi tu aku sempat ke pejabat dengan mandi ala kadar.

9 comments:

rozana said...

boleh sangat2 nk jadi petani moden tu..tp yg x thnnya nk dgr kata2 yg tajam menikam macam ni>>Abis tu belajar tinggi2 nk buat apa?nak cabut rumput depan rumah?<<<
Kalau dh bersedia nk jawab...boleh join...grup kami...

Penchenta Dosa said...

kau bukan nak ternak buaye ke? hahaha.. memang lawak!!!

Shemmi said...

nk jadi tokey xleh bangun sesuke hati gak...
kol 9 tu dah gile babat nyer lambat..

mcm atuk aku kate...tahik kat jamban pun dah habis ikan mkn..
(atuk dulu2 pakai jamban kayu balak kat sungai)

StingRay said...

bangun kul 9...singgah makan la..hapa la..


sampai kebun nak ajak pekerja senaman lak....mau diseranahnya pekerja ko nanti..tengah sedap buat kerja ko ajak senaman...


ha ha ha...

BuahKranjiDalamPerahu said...

kak zana: Saya sedang berlatih utk itu.

PD: emm ko macam x setuju jer aku nak amik tanah datuk? ko ada nak buat projek gak ni...

Shemmi: di sesetengah negara 9 pagi masih gelap tau.

Sting Ray: Mereka wajib suka, kalo x aku potong gaji..

Penchenta Dosa said...

pasal tanah jangan memain.. berparang pon aku sanggup!!

BuahKranjiDalamPerahu said...

gambar ko aku ade banyak.. nanti aku santau ko.. jejage skit

Penchenta Dosa said...

cilaka lu.. aku ader saka la.. jage baik..

dark said...

har!har!har!
gua dh pesan..`kalau` itu indah~
hahaha!!