SUKU ABAD PERTAMA SAYA

Beberapa hari yang lepas, aku telah mencapai satu tahun lagi dalam hidup, menjadikan aku berumur suku abad. 25 tahun yang pertama dalam hidup aku, banyak wish yang aku terima dari saudara mara dan sahabat handai. Terima kasih aku ucapkan sebab ade juga yang ingat kat aku. Aku bersyukur sebab suku abad pertama dalam hidup aku berjalan dengan boleh la dikatakan lancar. Aku takde la menyambut suku abad pertama ni di dalam jel atau pusat serenti. Yang mana aku tak nak langsung.
Sekarang nak dikatakan berjaya, aku belum mampu lah nak pakai kete BMW ke Lexus ke, tapi setakat ni kalo tergerak hati nak makan McD, dapat la jugak, kalo rase nak pergi tengok wayang pun boleh, nak pergi jejalan ngan member2 pun boleh. Buat mase ni aku tak rase yang aku perlu duit berjuta untuk mengembirakan aku, cukuplah dengan apa yang aku ada ni. Aku sedar dengan berlatar belakangkan cucu seorang nelayan dan anak kepada seorang anggota polis tak membisakan aku untuk mempunyai akaun bank yang berjuta ringgit. Kehidupan aku sekarang sudah cukup selesa untuk aku dan orang yang bakal hidup dengan aku nanti.

Secara amnya, suku abad pertama aku berjalan dengan baik. Kali ni aku nak kongsi sikit sejarah lama aku. mana tau ade orang kat luar sana pernah jadi member ngan aku atau pernah kenal aku, harap boleh kontek aku balik. Aku lahir di hospital besar melaka pada tahun 1984. Sejak dari tu aku berulang alik dari alor gajah (rumah atuk ) ke muar (rumah ayah). Bapak aku seorang Polis Hutan, bila die pergi operasi jer, aku dan mak akan balik ke Bukit Bulat. Ia kekal begitu sehingga la pada tahun 1988 ayah bertukar ke kuala lumpur.

Bermula 1988, kami sekeluarga berpindah ke flat pekeliling jalan tun razak, blok D144.(kalo nak tau mcm mana rumahnye tgk lah video clip hujan bila aku sudah tiada, diorang shooting kat situ) Berhadapan dengan Terminal bas pekeliling. Kawasan itu adalah kawasan hitam. Banyak gak orang hitam kat situ. Pertama kali aku datang KL aku terkejut tengok rumah macam tu, ye la kat kampung rumah sebijik sebijik, sini
nala punye rumah, tinggi 16 tingkat pastu ade lebih kurang 30 pintu setiap tingkat, ramai gile jiran aku.

Aku start tadika di tadika perpaduan di pekeliling, pergi sekolah pakai seluar pendek biru, situlah aku start belajar...menyanyi dan makan beramai ramai, tadika itu sungguh sekular, xde ajar mengaji pun , baca doa makan pun bahasa melayu, ape da.
Cikgu garang plak tu, die x ngam ngan mak aku, mak aku selalu pergi sekolah sound cikgu, yela sape suruh die cubit aku sampai lebam, memang la aku nakal, bukan pe pun takat makan bekal member jerk. Sebab mak aku pernah sound cikgu tu, aku selalu di pandang sinis oleh guru2, aku syak diorang mengumpat aku setiap kali aku tengah menyanyi lagu ABC, aku nampak mata diorang jeling2 aku. Start dari tu lah aku x berape suke sangat bende2 sekolah ni.

Tahun 1991 aku start sekolah kat Sek Ren Jalan Temerloh, kat area titiwangsa, aku rasa sekarang dah takde dah sekolah tu, die jadi pusat kokurikulum. Betul betul sebelah Taman Tasik Titiwangsa. Malaysia sekular lagi mase tu, aku pakai short jer pergi sekolah. Malas sebenarnya nak bangun pepagi pergi sekolah. Pastu kene tunggu bas Uncle, aku kekadang saje jer buat bangun lambat akal xnak g sekolah, tapi Uncle ni baik hati selalu tunggu aku, dem.

Darjah satu aku masuk kelas satu cempaka, ramai kawan kawan mase tuh, sesape yang darjah satu cempaka SRKJTKL leh msg aku yer. Aku sekolah kat situ sampai darjah 5 sebelum aku pindah ke AU3 keramat pada 1995. Zaman persekolahan kat SRKJTKL sangan banyak cabaran, pergi sekolah tu biase la kalo penagih dadah tegur pepagi, ''sekolah bebaik dik, jangan jadi macam abang''. Aku terima nashihat murni si penagih tu. Kalo pepetang tu aku teman member2 yang ponteng sekolah agama pergi Yaohan, jalan ikut menyusuri sungai Gombak. Lalu bawah jambatan dimana memang Port penting penagih tegar, aku tengok sendiri diorang rilek je tidur sebelah taik kering, jarum bersepah, tapi diorang cool jek..Kalo hujan tu abis semua masuk sg Gombak, hehe, takat mati lemas tu perkara biasa la.

Sewaktu zaman kanak kanak aku, time cuti sekolah jer mak aku hantar aku balik kg, die suh aku belajar kerja kg, senang sok kalo dapat bapak mentua orang kg, xde lah malu sangat kerje kg xtau buat, berpandangan jauh mak aku nih, sebenarnya dia takut aku join ngan bebudak sini, yang tak beberapa senonoh perangainye. Dok kampung aku banyak bermain ngan alam sekitar, bile balik KL aku akan bereksprementasi. Setiap kali hujan, air sg gombak akan naik, dan ia akan surut semula selepas hujan, aku ngan kawan baik aku ejoi, akan pergi ke tepi sg selepas hujan untuk mengutip ikan DBKL@bandaraya, ala ikan yang ko buat bersih kolam tu, ikan kat sg ni besar besar lengan bapak aku, maybe nutrisi dari tahi penagih menyebabkan ikan ni bermutasi kot. Aku kutip ikan tu pastu lempar ke tengah jalan raya, masa tu kereta kat jalan memang banyak, aku mendapati ikan bandaraya kat sungai ni sangat kuat, walau digilis die tetap kembali kepada bentuk asal, ikan tilapia pulak akan terus leper. Aku mengharapkan anugerah nobel bagi penemuan ini, tapi ade sekali tu jiran aku mengadu kat mak aku , tali pingang yang dapat, leceh la jiran ramai sangat ni.

Flat 16 tingkat aku nih memang spot utama orang bunuh diri, maybe sinilah tempat yang paling tinggi mase tu kat KL kot. 3,4 bulan sekali mesti ade yang lompat dari tingkat 16.yang best tu, lepas orang bunuh diri jer mak aku mesti ajak pergi tidor rumah sedara, best la x yah g sekolah. hehehe. Kan best hari hari orang bunuh diri, tapi sian plak aku tengok makcik rumah bawah tu, sepanjang aku dok situ dekat 3 kali jugak lah orang yang mati tu otak bersepai depan rumah die, penat die cuci lantai.

To be Cont....

4 comments:

♥chentaMAYA™ said...

iyah!bet0i3~
pape p0wn selamat ulang tahun!

panggil aku shEh said...

i might like this story..

Penchenta Dosa said...

kalau kau cucu nelayan, kenape kau hanye pandai mengecat rumah? dem!!

BuahKranjiDalamPerahu said...

maya = tq tq n tq...pulut kuning tadak ka?

sheh = Ikut suka hang la noh...hehehe

P.Dosa = Itu atuk belah mak aku yang pandai mengecat, merangkap atuk ko juga.dem..