PENUNGGU YANG SETIA

''kau nak turun kat mana?''
''Err..tak kisah la, kau turunkan la aku kat memana, aku tak kisah''
'' Kau nak try Mee Bandung Muar tak? layan siut. Aku turunkan kau kat kedai mee bandung k''
''Okie dokie''

Dah lama aku dengar kehebatan Mee Bandung Muar nih. Dah bertahun aku makan mee bandung, tak pernah sekali pun aku makan mee bandung kat muar. Untuk pengetahuan semua, mee bandung asalnya adalah dari muar bukan dari bandung. Aku dah berapa kali pergi indon tapi tak pernah jumpe mee bandung kat sana.

Aku diturunkan di sebuah kedai name Fuad bandung corner. Betul betul depan sek sains muar. Duduk duduk je aku terus didatangi oleh pelayan kedai. Sorang brade umur pertengahan, cis..aku mengharapkan gadis comel. Brader tu datang sambil memegang kertas order dan pen. Mulut die mengunyah. Tah ape tah die kunyah, aku saspek otak otak. Aku order makan.

Sambil tunggu mee aku bakar rokok sebatang. Ye dielah teman yang setia menemani aku dikala aku keseorangan tanpa teman. Baru due tige pam ade sorang budak dalam lingkungan 6 tahun. datang hanta air teh o ais. Menjejis jejis air aku. Geram jer aku tengok budak ni. Aku syak die anak tokei sebab die nampak gemuk dan ceria. Anak orang senang bisik hati aku.

Habis jer sebatang rokok, mee bandung pun sampay. Aku berdebar debar sebab ini kali pertama kami bersua. Sebelum ni mee bandung yang aku makan adalah mee bandung biasa, tapi kali ni mee bandung muar. Dari pemerhatian aku, ia memang berbeza. Daging yang dihiris tebal, kuah yang pekat, telur mata yang masih bergoyang membuatkan aku kecur liur. Fuhh siap ade sotong genjut beb. Aku terus tibai tanpa belas kasihan.

Rasa mee yang kenyal, kuah yang pekat likat, tapi cili die besar besar le. Terselit selit kat gigi. Aku terus cungkil gigi lepas makan, ape barang kalo senyuman manis tapi ade cili terselit..jatuh la saham. Kesimpulan ianya sangat kaw.. Aku terus simpan niat nak cari awek muar sorang, senanglah nak makan mee bandung muar lagi. Err..rasenye orang rumah mesti tak setuju. Hehehe.

Mee bandung mee bandung jugak, ape pasal dah sampai sejam lebih kat kedai ni si mangkuk ni tak sampai lagi? Cilakak punya penchinta dosa. Takde ciri ciri melayu moden langsung. Ceh.


8 comments:

panggil aku shEh said...

nsib baek xde gmba mee bandung tu..
pergghhhh dgr pon nikmat!

Anonymous said...

terbaekkk ko describe me bandung tuh. mujur tak de pic aje.

Rona Realiti said...

muar juga ada port sup gear box jawa terbaik....

Abdullah Sufi said...

aku lapar.. kau boleh makan mee bandung.. cilakak

cikNiarun said...

wah.kat muar jugak ke..geng la kite. td baru je pas mamam mee bandung juak!

Luth Textile said...

kalo ada gambar lg gempak bro!

hang nadim said...

salam..aku suka mkn Mee Rebus sahaja dong, bydaway tuan ponya blog aku dh pollow blog hang ni..

BuahKranjiDalamPerahu said...

Aku tak letak gambar..sebab kalo tengok gambar memang tak rase menyelerakan langsung...hehehe..kurang dekorasi la mee bandung ni x macam kat hotel..