Kembara Wali Songo 8 - 14 Ogos 09

Sambil aku menaip aku layan lagu Rhoma Irama Kegagalan Cinta, memang syahdu, bapak korang mesti kenal die. Saje je aku layan dangdut untuk mendapatkan feel. Besok pagi pagi subuh aku akan keluar rumah untuk merealisasikan ape yang telah dirancang dari tahun lepas. Aku dan lima lagi saudara mara aku yang semuanya lelaki belaka akan bertolak ke surabaya, indonesia.

Kami namakan perjalanan kami ini Kembara Wali Songo, dimana tujuan utamanya ialah untuk melawat ke Makam Makam Wali Songo di sekitar jawa tengah. Bermula di Surabaya kemudian Gresik, Lamongan, Tuban, Kudus, Colo, Demak, Semarang, Solo dan berakhir di Yogjakarta. Kami merancang untuk melawat 8 dari 9 Makam Wali iaitu Makam Sunan Ampel, Sunan Gresik, Sunan Giri, Sunan Drajat, Sunan Bonang, Sunan Kudus , Sunan Muria dan Sunan kalijogo.

Selain dari itu kami juga akan melawat ke beberapa tempat menarik sekitar indonesia. seperti Monkalsel (monumen kapal selam), Museum Nyonya mener (banyak jamu) dan Museum Kretek ( sapa mau surya?) Segala persiapan akhir telah dilakukan dan kami berharap supaya perjalanan kami selamat pergi dan balik. Tak lama lagi aku nak kahwin dah, ni kiranya macam travel bujang aku yang terakhir da.
Pasni kalo aku nak travel kene bawa orang rumah sekali. Aku panjat gunung ke masuk hutan ke, pergi pulau ker , sure bawak punye...hehehe. Kim salam la nak berjalan ke tempat sedap sedap shopping.

Aku janji balik dari Indon aku akan share story tentang perjalanan aku di sana. Mana tau nanti ada yang berminat nak pergi juga, boleh la aku organize untuk next trip. So kepada sesiapa yang minat jalan jalan, suka tengok tempat orang, boleh la start contact ngan aku. Macam yang pernah aku cakap dulu lah, sekuat mana pun ko kerja, setinggi mana pun ko belajar, kalau ko asik terperap jer kat tempat sendiri, satu masa nanti ko mesti menyesal. Masa muda muda ni lah nak bejalan jalan. Bukan keluar modal banyak pun, simpan la sesikit, dari beli majalah mangga ke beli rokok ke baik simpan duit pergi berjalan lagi afdal. Hehehe.

Banyak juga hati yang terluka sebab tak dapat ikut aku pergi Indon ni seperti tunang aku (leceh la nak bawak anak dara orang jalan jejauh dah kawen takpe la), Penchinta Dosa ( ade kelas katenye, study la rerajin yer) dan beberapa orang yang tak sempat menyimpan uwang. Tapi jangan risau aku akan bawak balik gambau kat sane sebagai buah tangan yer......

Okey lah, aku nak pergi packing barang dalam beg, so ada salah silap kira halal lah yer...doakan aku selamat dari selsema Babi tu yer...mudah mudahan selamat.... Adios Pronto.

8 comments:

Rona Realiti said...

t-shirt...
t-shirt...

Anonymous said...

kau dh declare kt risik ke nak pi oversea ni??

panggil aku shEh said...

"sekuat mana pun ko kerja, setinggi mana pun ko belajar, kalau ko asik terperap jer kat tempat sendiri, satu masa nanti ko mesti menyesal"

aku sgt setuju!

btw, nt kalo btol2 ko organize next trip.. inform kt aku!
aku pencinta alam..insyaAllah
kalo xde pape aral aku boley turun gak!

sayang said...

smuga selamat pergi dan balik. jgn bwk balik virus pelik2 dah ler.

balqissy said...

kirim ole2 =)

Jard The Great said...

nk t-shirt gak. ;p

Jard The Great said...

nk t-shirt gak. ;p

Anonymous said...

we all1 family akan surabaya next year.. tru Air Asia...just nak tau tempat shopping kat sana yang best. Selamat ke tempat diaorang..