Sopan Santun Amalan Kita

Semenjak kedatangan ramadhan 2011 ni, semangat beramal ibadat tu semakin menebal. Aku cuba mengejar keberkatan ramadhan. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, aku juga cuba mengawal nafsu nafsi yang nakal ni. Macam biasa aku manusia biasa , menjadi sebaik malaikat adalah mustahil bagi aku. Tengah hari tadi sebelum sembahyang jumaat, aku park kete tempat biasa sambil sembang sembang dalam opis kejap sementara menunggu waktu solat jumaat. Waktu terluang dalam setengah jam itu dihabiskan dengan mengutuk kawan kawan dan bincang bincang pasal isu semasa. Usai itu aku terus ke kete untuk balik. Sampai depaan kete aku nampak segaris merah panjang dari pintu depan sampai kepintu belakang, bloodyhell. Hancur hatiku, mengenang dikau, menjadi keping keping......
Terus aku tengok plak ke pintu kanan, segaris merah tanda kene calar jugak.
Aku jadi marah kuasa dua.

Aku tengok kiri kanan takde sape untuk aku mengadu. Dada sebak.
Aku masuk kete pecut balik rumah naik tangga buka baju campak atas kerusi baling kunci kete capai bantal... Pukul 5 tadi baru bangun. Jumaat minggu ni kat umah je.
Sume salah mangkuk yang calarkan kete aku tu.

Sambil baring nak tido tadi aku teringat minggu lepas aku ade marah budak sebab masuk gate opis sambil rem rem motor die. Die ingat ni Litar Pasir gudang ke.
Mungkin die kecik ati bila aku marah die tu sebab die menunjukkan protes dengan mencalarkan kete aku kot. Takpe r, mungkin silap aku jugak sebab tak bersopan santun.
Dugaan ramadhan.

3 comments: