Showing posts with label LAYAN BLUES. Show all posts
Showing posts with label LAYAN BLUES. Show all posts

SUKU ABAD PERTAMA SAYA

Beberapa hari yang lepas, aku telah mencapai satu tahun lagi dalam hidup, menjadikan aku berumur suku abad. 25 tahun yang pertama dalam hidup aku, banyak wish yang aku terima dari saudara mara dan sahabat handai. Terima kasih aku ucapkan sebab ade juga yang ingat kat aku. Aku bersyukur sebab suku abad pertama dalam hidup aku berjalan dengan boleh la dikatakan lancar. Aku takde la menyambut suku abad pertama ni di dalam jel atau pusat serenti. Yang mana aku tak nak langsung.
Sekarang nak dikatakan berjaya, aku belum mampu lah nak pakai kete BMW ke Lexus ke, tapi setakat ni kalo tergerak hati nak makan McD, dapat la jugak, kalo rase nak pergi tengok wayang pun boleh, nak pergi jejalan ngan member2 pun boleh. Buat mase ni aku tak rase yang aku perlu duit berjuta untuk mengembirakan aku, cukuplah dengan apa yang aku ada ni. Aku sedar dengan berlatar belakangkan cucu seorang nelayan dan anak kepada seorang anggota polis tak membisakan aku untuk mempunyai akaun bank yang berjuta ringgit. Kehidupan aku sekarang sudah cukup selesa untuk aku dan orang yang bakal hidup dengan aku nanti.

Secara amnya, suku abad pertama aku berjalan dengan baik. Kali ni aku nak kongsi sikit sejarah lama aku. mana tau ade orang kat luar sana pernah jadi member ngan aku atau pernah kenal aku, harap boleh kontek aku balik. Aku lahir di hospital besar melaka pada tahun 1984. Sejak dari tu aku berulang alik dari alor gajah (rumah atuk ) ke muar (rumah ayah). Bapak aku seorang Polis Hutan, bila die pergi operasi jer, aku dan mak akan balik ke Bukit Bulat. Ia kekal begitu sehingga la pada tahun 1988 ayah bertukar ke kuala lumpur.

Bermula 1988, kami sekeluarga berpindah ke flat pekeliling jalan tun razak, blok D144.(kalo nak tau mcm mana rumahnye tgk lah video clip hujan bila aku sudah tiada, diorang shooting kat situ) Berhadapan dengan Terminal bas pekeliling. Kawasan itu adalah kawasan hitam. Banyak gak orang hitam kat situ. Pertama kali aku datang KL aku terkejut tengok rumah macam tu, ye la kat kampung rumah sebijik sebijik, sini
nala punye rumah, tinggi 16 tingkat pastu ade lebih kurang 30 pintu setiap tingkat, ramai gile jiran aku.

Aku start tadika di tadika perpaduan di pekeliling, pergi sekolah pakai seluar pendek biru, situlah aku start belajar...menyanyi dan makan beramai ramai, tadika itu sungguh sekular, xde ajar mengaji pun , baca doa makan pun bahasa melayu, ape da.
Cikgu garang plak tu, die x ngam ngan mak aku, mak aku selalu pergi sekolah sound cikgu, yela sape suruh die cubit aku sampai lebam, memang la aku nakal, bukan pe pun takat makan bekal member jerk. Sebab mak aku pernah sound cikgu tu, aku selalu di pandang sinis oleh guru2, aku syak diorang mengumpat aku setiap kali aku tengah menyanyi lagu ABC, aku nampak mata diorang jeling2 aku. Start dari tu lah aku x berape suke sangat bende2 sekolah ni.

Tahun 1991 aku start sekolah kat Sek Ren Jalan Temerloh, kat area titiwangsa, aku rasa sekarang dah takde dah sekolah tu, die jadi pusat kokurikulum. Betul betul sebelah Taman Tasik Titiwangsa. Malaysia sekular lagi mase tu, aku pakai short jer pergi sekolah. Malas sebenarnya nak bangun pepagi pergi sekolah. Pastu kene tunggu bas Uncle, aku kekadang saje jer buat bangun lambat akal xnak g sekolah, tapi Uncle ni baik hati selalu tunggu aku, dem.

Darjah satu aku masuk kelas satu cempaka, ramai kawan kawan mase tuh, sesape yang darjah satu cempaka SRKJTKL leh msg aku yer. Aku sekolah kat situ sampai darjah 5 sebelum aku pindah ke AU3 keramat pada 1995. Zaman persekolahan kat SRKJTKL sangan banyak cabaran, pergi sekolah tu biase la kalo penagih dadah tegur pepagi, ''sekolah bebaik dik, jangan jadi macam abang''. Aku terima nashihat murni si penagih tu. Kalo pepetang tu aku teman member2 yang ponteng sekolah agama pergi Yaohan, jalan ikut menyusuri sungai Gombak. Lalu bawah jambatan dimana memang Port penting penagih tegar, aku tengok sendiri diorang rilek je tidur sebelah taik kering, jarum bersepah, tapi diorang cool jek..Kalo hujan tu abis semua masuk sg Gombak, hehe, takat mati lemas tu perkara biasa la.

Sewaktu zaman kanak kanak aku, time cuti sekolah jer mak aku hantar aku balik kg, die suh aku belajar kerja kg, senang sok kalo dapat bapak mentua orang kg, xde lah malu sangat kerje kg xtau buat, berpandangan jauh mak aku nih, sebenarnya dia takut aku join ngan bebudak sini, yang tak beberapa senonoh perangainye. Dok kampung aku banyak bermain ngan alam sekitar, bile balik KL aku akan bereksprementasi. Setiap kali hujan, air sg gombak akan naik, dan ia akan surut semula selepas hujan, aku ngan kawan baik aku ejoi, akan pergi ke tepi sg selepas hujan untuk mengutip ikan DBKL@bandaraya, ala ikan yang ko buat bersih kolam tu, ikan kat sg ni besar besar lengan bapak aku, maybe nutrisi dari tahi penagih menyebabkan ikan ni bermutasi kot. Aku kutip ikan tu pastu lempar ke tengah jalan raya, masa tu kereta kat jalan memang banyak, aku mendapati ikan bandaraya kat sungai ni sangat kuat, walau digilis die tetap kembali kepada bentuk asal, ikan tilapia pulak akan terus leper. Aku mengharapkan anugerah nobel bagi penemuan ini, tapi ade sekali tu jiran aku mengadu kat mak aku , tali pingang yang dapat, leceh la jiran ramai sangat ni.

Flat 16 tingkat aku nih memang spot utama orang bunuh diri, maybe sinilah tempat yang paling tinggi mase tu kat KL kot. 3,4 bulan sekali mesti ade yang lompat dari tingkat 16.yang best tu, lepas orang bunuh diri jer mak aku mesti ajak pergi tidor rumah sedara, best la x yah g sekolah. hehehe. Kan best hari hari orang bunuh diri, tapi sian plak aku tengok makcik rumah bawah tu, sepanjang aku dok situ dekat 3 kali jugak lah orang yang mati tu otak bersepai depan rumah die, penat die cuci lantai.

To be Cont....

STIM TANAH TINGGI

Ade Orang pernah kate, Tinggi mana pun kau belajar, banyak mana pun gaji kau, tinggi mana pun pangkat kau, hensem mana pun muka kau, cun mana pun awek kau, gagah mana pun kudrat kau, segak mana pun penampilan kau, kalo kau takde gambar macam ni.....hidup ko taklah se best mana pun.. Stim die lain dowh, kalah stim candu.

Masih belum terlewat, selagi ada kudrat, selagi ada nafas, selagi ada masa, pergilah berjalan, berlari, berkereta,berkapal terbang, mengembaralah....Xde modal banyak pergi tempat yang tak perlu modal banyak. Ade duit lebih, pergi tempat jauh skit. Jangan manja kan badan dengan asyik berbaring di tilam empuk.

Amacam...ada beran?

HUJAN DILUAR MASIH TAK BERHENTI

Setiap kali hujan aku teringat zaman kecik kecik dulu, mase tu bebudak lagi, suci tanpa was was.
Time time hujan camni lah aku ngan sepupu2 aku nak main hujan kat rumah atuk aku. Time tu pencemaran udara kurang, awan belum lagi dipenuhi asap kilang dan asap kete, rumah atok aku plak kat felda, dalam hutan, so air hujan di kawasan tu masih dikategorikan sebagai air yang bersih.

Bahagian belakang rumah atok aku ada serambi, serambi tu diperbuat dari simen, simen jenis yang lame dulu, bancuhan yang simen lebih dari pasir, tak macam sekarang , kontraktor buat rumah bancuh simen tak ikut nisbah yang ideal, nak jimat kos die bubuh pasir lebih dari simen, hasilnya jadilah rumah pasir, kalo ko ketuk sikit dinding abis berterabur.

Simen yang padat akan menjadi licin kalo disimbah air, ia menjadi tempat yang best untuk berlatih sliding, memula aku akan gostan ke belakang skit, pastu lari ke depan dua tiga langkah sebelum meniarap, hasilnya satu sliding cantik seperti pemain bola sepak yang baru menjaringkan gol, ya aku turut merasakan betapa bahagianya perasaan meraikan dapat menjaringkan gol walaupun aku jarang menghasilkan gol.

Untuk tambah kick, aku akan taburkan sabun serbuk Fab nenek untuk melicinkan lagi pergerakan. Kemudian berpura pura seperti main ice skating. Ya aku telah bermain ice skating lebih awal dari kebanyakan masyarakat malaysia ketika itu. Bagi merancakkan suasana, aku akan memainkan lagu dari radio buruk rumah atuk untuk mendapatkan feel gimrama + ice skating. Tiada pilihan lagu mase tu, hanya pasang je mana mana saluran yang main lagu. Kalo Mariamah Tejo baca berita aku akan tukar.

Penghabisan permainan itu tadi adalah apabila berhentinya hujan, kami akan bilas di bilik air plak, tapi cume mandi sekejap aje, sebab atuk akan berdehem kalo kami mandi lame lame, ''sape nak bayor bil memahal tu'' katenyer.

Ah indahnye waktu itu boleh bermain hujan dengan seronoknye. Jarang ada yang sakit lepas mandi hujan dulu.

*************************************************************************************

Hari ni aku pakai jaket tebal, tadi baru makan pel soluble 2 bijik dengan air panas, tangan kanan menaip, tangan kiri pegang kain lap hinggus. Hujan di luar dari pagi tak berenti.

Ba Wau Kap Wau Bongkau

''Uhuk uhuk, uhuk uhuk''
''teruk batuk ko din'' kata ku dengan manja.
''Uhuk uhuk, ni yang aku malas nak minum ais ni uhuk uhuk''
''Ko kene jaga skit tekak ko beb, kalo tekak ko sakit sape yang nak jadi penyanyi band kite, next time aku tak nak ko minum ais ngan makan bende pedas k, tak elok sangat la'' aku memberi nasihat pada din sambil menghulur vicks.
Din angguk tanda setuju sambil menghembuskan asap Malboro Menthol.
Aku sahut dengan membuat O asap Dunhill.
Kami diam menghayati asap.

Lelaki dan rokok seperti sepasang kekasih. Rokok tak pernah salah, yang salah adalah ais.