Showing posts with label TRIP. Show all posts
Showing posts with label TRIP. Show all posts

Trip To Perhentian Island Part 3



Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Bas yang aku naik sampai jua di Kuala Besut. Itupun lepas aku tukar naik bas lain kat Jerteh. Kalo aku tak tukar bas aku kene naik teksi kene bayar 30 hinggit untuk ke Kuala Besut. Mahal beb.

Sesampainyer di Kuale Besut, aku terus cari kedai untuk sarap. Sambil menunggu setan2 yang lain dari KL. Diorang datang dalam kul 0630 camtu, naik bas dari kl kul 0930 malam. Lepas sarap ala kadar kiteorang pun beli tiket. Harga tiket bot ke Pulo adalah 70 hinggit bagi pergi dan balik, tapi sebab member aku boleh cakap kelantan (dier cakap camni '' kami nok kelik hari isna'') terus dapat murah, serius, kalo nak pergi ko ajak member kelantan ker ganu ker leh dapat murah.

Naik bot kul 0730 dengan penumpang ma 12 orang kami pun berebut untuk mendapatkan tempat, tapi kalo dah jenis kebulur ni kalo orang x ramai pun berebut jugak. Perjalanan memakan masa setengah jam, x banyak leh buat dalam bot tu, kecuali mengutuk member yang macam nak mabuk laut tapi still cover.


Cube mententeramkan teman yang mabuk2 manja

Sampai di pulo kene transfer naik bot kecik lagi, tambah lagi 2 hinggit, macam macam kene bayo kat pulau ni. Turun jer kaki kat Pulo, kami berlari lari anak untuk mencari chalet, kalo pergi walk in kenelah berebut skit, malang bagi kami bilik yg murah harge bawah seratus dah abis, nasib baik ader brader pulau slow talk bagitau ade bilik kat shari-la harge 150 untuk 3 orang. Murah beb, bilik air cond ade hot water, astro n sarap. Cume tempat tu di sebalik pulo , kiteorg kene cross hutan sikit pergi sane, adelah dalam 10 minit perjalanan. x kesah beb. kalo tau awal2 aku dh pergi sane naik bot.

Best camner pun bilik tu, aku cume letak beg jer. Ade misi lain yang lagi best..... berenang bersama ikan...syok siut...


Sejurus meletakkan beg tanpa melabuhkan punggung kami berlari2 anak utnuk mencari brader yang nak bawak g tengok ikan. Harga purata untuk aktiviti ni RM 40 sorang. Termasuk cas bot n set snorkeling. Aku syorkan brader sponge bob, die menantu penghulu Perhentian besar, die bagi diskaun 5 hinggit sorang, dia akan bawak ke 4 tempat untuk snorkeling, lunch plak die bawak ke kedai makan bapak mertua die. Kat situ makan harga melayu, harga mat saleh lain, kebanyakkan kedai makan kat area pulau harga same jer tapi kat sini harga macam kat kuantan jer. Okey latu, save lagi.

Brader spongebob bawak kiteorang ke 4 tempat iaitu light house spot, batu karang cantik tapi ikan x banyak, orang pergi sana untuk panjat light house pastu terjun tiruk jer. Next is coral spot, banyak giler ikan kat sini, macam macam kaler, nemo pun ader. Aku letak roti atas perut kasi ikan makan. Penuh ikan atas perut aku. Syok wo.

Pastu pergi plak Shark spot, aper lagi pg tgk jerung la, jangan risau sini sume jerung besar lengan jek, kalo nasib ko x baik ko jumper la yang besar lengan triple H , sini pun banyak landak laut ngan kerang besar bola lisut. Cantik woo kerang warna biru. Jakun aku sekejap.

Tengah hari pergi lunch kat kedai bapak mertua brader sponge bob, makan macam dinosaur baru kene RM 8 sorang. ok la tu. Lepas makan sebelum mengantuk tu die bawak plak pergi tengok penyu, aku dive tengok natang tu, xder la comel sangat, huduh jer muke dier mase makan lumut. Penat punye pasal lepas tu jer aku suh brader anta balik, kalo tak dia nak bawak pergi tengok iikan duyung, hehehe, ikan duyung bergelimpangan di tepian pantai, atas dasar moral yang tinggi aku tolak bebaik dan ajak bebudak ni main pasir di tepian pantai. Aktiviti sungguh padat kat situ dari siang yang suci sehingga aktiviti malam yang menghiburkan. Rase nak pergi lagi lah beb. Rugi korang tak ikut.

Kesimpulan trip ni memang best sebab, murah (aku habis lebih kurang 300 jer) tempat yang chantik dengan aktiviti yg banyak. Dari yang boleh sebut sampai xleh sebut.Simpan la duit korang weh, amiklah masa untuk cuti cuti malaysia. Chow..

Trip To Perhentian Island Part 2

Sejurus selapas abih kelas, Aku angkut beg yang dah siap packing dan kemas bilik sikit sikit (sikit sampai orang xkan perasan yang bilik tu dah dikemas) itu namanye penyamaran untuk mengelirukan musuh., Aku tak bawa transport pun. Pong yang nak balik ke melaka tengok bapa die tengah sakit kat GH Melaka telah bermurah hati untuk hantar aku. Semoga pong dicucuri rahmat setiap kali bermain Lucky Ball...Amin.

Sampai di destinasi,Aku terus pergi ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket bas ke pulau perhentian, akak kaunter bas menjeling aku sambil bergurau dengan mengatakan bahawa takde bas yang pergi sampai pulau perhentian dik.nak pegi sane mu kene turun kat jerteh pastu amik bah ker kuale besut...kata akak tu lagi. Aku tersindir lalu cepat cepat membayar duit tiket sebelum dibahasakan lagi, ahh peduli lah akak ni, mentang mentang die tau mane bas sume pergi die kerek plak..Aku dapat tiket ke jerteh kul 11 malam, jam baru kul 8. Lame lagi la pulak..

Sejurus selepas membeli tiket,aku yang memang kebulur jer telah berjaya menghasut Pong untuk makan bersama aku, Tak susah nak menghasut Pong makan,ia lebih mudah dari mengajaknya karaoke. Oh yer suaranya sangat Jantan dan tidak mengikut irama ketika berkaraoke, tapi die sangat baik orangnya. (aku bodek Pong).

Kami makan di A&W kuantan. Satu ketika dahulu aku pernah sampai tahap hari hari makan kat A&W kat petronas Taman U, Sungguh best masa tu. Air rut bir segar dalam cawan macam dalam disko tu membuat aku terngiur seorangan, ditambah dengan coney dog ditabur potongan bawang...pergh...memang asyik.. Aku terus ajak Pong makan A&W.

A&W sekarang dah tak sedap, takder lagi cawan macam kat disko yang mat saleh buat minum arak tu, digantikan dengan cawan kertas jer. A&W dah takde identiti lagi, bekas airnye same je macam bekas air kat pasar malam.
Mulai hari itu aku tak support A&W lagi. Pergi mati la ko bear.

Trip To Perhentian Island Part 1

Setakat ni aku dah buat sedikit persiapan ala kadar, aku dah beli seluar pendek bunga bunga, spek itam pasar malam, bola tampar nak buat main beach volleyball nanti, pancing, baldi kecik ngan penyodok untuk buat sand castle...lagi aper yang aku nak bawak hah??..aku x pernah lagi pergi pulau sebagai pelancong...seronok plak rase hati ni..macam budak baru pertama kali tulis surat kat makwe.... Lu biasa pergi ker?