Beli barang buatan Malaysia- berbelanja untuk menyelamatkan negara


Inilah contoh barangan buatan Malaysia yang wajib di beli..

Saban hari, terdapat iklan di media massa yang menggalakkan kita membeli barangan buatan Malaysia. Belilah barangan buatan Malaysia dan bantu negara mengatasi kemelesetan ekonomi. Belilah barangan buatan Malaysia dan jadilah negarawan yang setia.

Walaupun mesej ini mempunyai mesej yang baik, iaitu membeli barangan tempatan seboleh mungkin, ia boleh disalah anggap dalam dua cara. Pertamanya, ia menggalakkan kita berbelanja, tak kira ada wang ataupun tidak, kita perlu berbelanja. Sesungguhnya, saranan ini telah terpesong.

Yang kedua dan yang memburukkannya lagi, ia seolah olah memaklumkan yang kita boleh menyelamatkan ekonomi negara ini dengan berbelanja. Berbelanjalah dan selamatkanlah negara ini dari neraka jahanammm (keras betul). Inilah saranan yang salah dan terus terusan memesongkan banyak surirumah tangga (hehehe jangan marah ye kaum ibu). Sesetengah orang mungkin yang lurus bendul mungkin akan berbelanja lebih dengan anggapan mereka sedang menyelamatkan negara.

Membeli barangan buatan Malaysia hanyalah alasan yang digunakan oleh ramai orang untuk membeli barangan yang tidak diperlukan mereka. '' Kenape ko beli motor Modenas lagi? Bukan ke kau dah ade EX 5 sebijik'' ''Alah mak ni, orang nak sambut seruan kerajaan lah, belilah barangan buatan Malaysia'' (Dialog yang mungkin pernah berlaku.Kalo berlaku pun budak ni memang sengal ubi)

Fikirkanlah, bagaimanakah kita boleh menyelamatkan negara dengan membelanjakan semua wang kita?... Silap langkah , masalah lain pula timbul. Berbaktilah pada negara dengan cara yang lebih bijak. Bak kata pepatah sengal ubi boleh dimakan sengal b*bi tada gunanya, gunakanlah akal fikiran yang telah dikurniakan tuhan dengan sebaik mungkin.

Berbelanja lah dengan bijak demi orang tersayang. Mana yang lebih penting? biar pape asal bergaye (baca ikut slang Perak) ke biar le dilabel haji kedekut tapi untuk berbelanja mewah kim salam la...

Lu orang ada gaji ada uwang lu pikir la sendiri( aku peminat nabil sebenarnye hehehe)


3 comments:

garis said...

mmg betul kita kena membeli barangan buatan malaysia.. tp berbelanja juga perlu yang mana akan mambantu ekonomi yg kegawatan kerana apa.. sbb tu dulu Tun Mahatir meminta rakyat keluar berbelanja dan jgn simpan wang yg byk kerana
1. akan membantu peniaga2 kecil dari bankrap.
2. utk mengurangkan kadar inflasi iaitu pengurangan wang kertas dlm pasran negara yg menyebabkan kerajaan terpaksa membuat lagi duit dan ini akan mengakibatkan lambakan duit dlm pasran kemudian nanti..
membeli barangan tempatan bukan shj dpt membantu pengusaha tempatan ttp dapt mengurangkan aliran wang keluar negara..

just my 2 cent....

BuahKranjiDalamPerahu said...

BETUL BETUL....SIMPAN WANG SIMPAN WANG...

padelkopak said...

klu gua, biar papa asal bergaya la brader!!baru stylo...