Masalah Tipikal Lelaki Asia

Salam....Masalah berperut buncit...

Masalah ini kian meruncing dikalangan lelaki asia, bagi membantu rakan rakan (termasuk aku sekali kot?) yang sedia maklum mempunyai perut yang buncit, saya cuba mencari cara cara yang boleh digunapakai untuk mengatasinya...hehehe..saya pun try gak..mane tau 'spare tyre' (err tapi sikit jer) ni boleh hilang..


Jangan jadi sampai macam ni baru nak insaf beb...

Tips untuk yang memerlukan.. selamat mencuba

Caranya adalah:
Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

Bagi yang sudah mencuba tips2 diatas tapi masih gagal, jangan risau @ menghantukkan kepala ke dinding, mana tau ada Dr kat luaq sana yang baca blog ni yang boleh bantu.. sila sila la tinggalkan komen anda..

3 comments:

Anonymous said...

hmm...boleh cuba ni...hehe

Algojo said...

nasib baik gua takde masalah ni.. wakakakak

BuahKranjiDalamPerahu said...

Jgn cakap xde masalah bro..belum lagi jek..faktor keturunan tu ade....hehehehe