Sifu M.Nasir

Acap kali kita mendengar lagunya di corong corong radio, masih ramai yang tertanya tanya siapa itu M.Nasir. Rasanya tidak salah jika saya melabelnya sebagai 'Lagenda Hidup', orang sebegini lah yang patut kita hargai, lebih baik beri title Dato' padanya dari diberikan kepada Shah Rukh Khan yang belum tentu boleh mengeja Malaysia dengan betul, Di sini saya sertakan serba sedikit tentang Sifu M.Nasir, khas buat 'Kipas Susah Nak Mati' M.Nasir. Credit to Mr Algojo, thanks bro...



Penyanyi, Pelakon, Penerbit, Pelukis, Komposer, Penulis Lirik, Pengarah Filem

Dilahirkan pada tanggal 04 Julai 1957 di Bukit Panjang, Singapura, anak keempat daripada sembilan orang adik beradik ini memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Tinggi Kerajaan Bukit Panjang sebelum melanjutkan pelajarannya ke Vocational Institute Boys Town. Beliau kemudiannya menyambung pendidikan di Nanyang Academy Of Fine Arts, Singapura. Di sinilah beliau disogokkan dengan segala bentuk seni dari Barat terutamanya hasil karya pelukis termasyhur, Leonardo Da Vinci. Beliau berjaya mendapat Diploma Seni Halus.

M.Nasir memulakan kerjaya dalam bidang muzik dengan membabitkan diri sebagai penulis lirik. Lagu pertama ciptaan beliau berjudul Hujan nyanyian Kumpulan Sweet Charity. Selain itu, beliau juga turut menulis lagu dan lirik untuk artis seperti Kumpulan Alleycats (Senandung Semalam), Flybaits (Kenangan Lalu) dan Yunizar Hussein.

Sewaktu berumur 23 tahun, beliau mula mencuba bakat dalam bidang nyanyian dan merakamkan album solo pertama beliau berjudul Untuk Pencinta Seni (1979) dan beliau menggunakan nama Mohamad M.N (tiru macam P.Ramlee la kot...) ketika itu. Kemudian pada 1981, beliau muncul secara berkumpulan menerusi Kembara yang dianggotai oleh anggota asal iaitu A.Ali, S.Shahlan dan beliau sendiri. Mendapat jolokan 'muzik rakyat', Kembara mendapat sambutan hebat di kalangan penggemar muzik di Singapura dan Malaysia ketika itu dengan lagu-lagu seperti Keroncong Untuk Ana, KepadaMu Kekasih dan Nusantara. Kumpulan ini berpecah pada tahun 1986. Dua tahun selepas itu, beliau muncul semula menerusi album Solo (1988) dan terus memperjuangkan kerjaya seni beliau sebagai seorang penyanyi dan juga penggubah muzik yang terkenal.

Yang Pertama
-----------------
Lagu - Hujan
Lirik - Hujan (Sweet Charity)
Album - Untuk Pecinta Seni (Mohamed M.N)
Penerbitan Album - Norma Johari
Lagu Hit - Kenangan Lalu (Flybait)
Lirik Hit - Senandung Semalam (Alleycats)
Lakonan Drama Pentas (Singapura) - Sangkar Madu
Lakonan Drama TV (Singapura) - Tanti
Lakonan, Skrip dan Mengarah Drama Pentas - Angin
Lagu Untuk Filem - Azura
Penata Muzik - Kembara
Lakonan, Skrip dan Lakonlayar filem - Kembara
Teater (Malaysia) - Wira Bukit
Pertunjukan Pentas - UKM Bangi
Arahan Filem - Merah
Arahan Video Klip - Mentera Semerah Padi

3 Yang Diminati
-------------------

Filem - Godfather, Deerhunter, Taxi Driver
Artis Rakaman - Pink Floyd, Beatles, P.Ramlee
Buku - Quran, Arabian Nights, Hang Tuah
Tokoh - Hamka, Rabindranath Tagore, Ibnu Arabi
Pengarah - Martin Scorsese, Hussein Haniff, Kurusawa
Pelakon Lelaki - Al Pacino, Robert DeNiro, Marlon Brando
Pelakon Wanita - Meryl Streep, Latifah Omar, Bette Davis
Pelukis - Picasso, Van Gogh, Gaugin
Penulis - A.Samad Said, Shakespeare, VS Naipul
Penyanyi - Bob Dylan, Sting, Cat Steven

4 comments:

ijad said...

salam...apa khabar...

buahkranjidalamperahu said...

khabar baik, harap awak turut berada dalam keadaan yang baik juga
...

Splitzbz said...

wa.. bagusnya.. post ni cam tribute untuk sifu kite.. thanks or the info.. best!!

Algojo said...

No Problemo.. Gua pun ada buat tribute to sifu m.nasir kat blog lama gua ...


http://sangalgojo.blogspot.com/2005_12_01_archive.html