Kenangan Aku Di ex-KD BELADAU


Aku x suke kalau orang panggil aku mamat laut, ye memang benar aku kerja kapal, so what? (joule selalu kata aku gedik bila aku cuba berbahasa ala ala urban chick) macam lah aku xde keje lain selain dari duduk atas laut je. Pemikiran kamu kolot wahai kawan kawan (terutama Diana Dugong) kalau kerja navy je mesti atas laut, huh, ko ingat aku lupa daratan ke? Kami pun ade mase akan kerja di base jugak. Tapi sebelum tu kene la dok kapal dalam 4-5 tahun dulu, baru boleh transfer ke darat. Sebelum dok darat jadi mamat laut la kan??? huh.. Panggil la Abang Navy kan lagi mesra..hehehe.


Permandangan indah se awal pagi..

Okey camni, dolu dolu mase aku di kapal, orang bujang akan menjadi penduduk tetap di kapal , maksud aku, orang bujang akan kerja,makan dan tido di atas kapal. (huh kalo sume bujang x crowded ke? Lu pikir la sendiri) Hanya mereka yang berkahwin je akan pulang ke rumah masing masing. Tapi kalau dah lepas waktu kerja orang bujang tu boleh la keluar pegi mane 2 yang die suke, tapi sebelum pukul 12 mlm pulanglah mereka ke kapal semula ibarat itik pulang ke reban (Itulah kepentingan disiplin) Save woo macam tu, jimat sewa rumah dan duit makan.( terima kasih kerajaan :) ayat bodek kerajaan)

Pergi tengok Wayang kat Ipoh pun salah satu aktiviti bersama jugak

Masa ni lah kami akan merapatkan silaturahim antara satu sama lain dengan cara bermain PS2 sama sama, menonton berita pukul 8 sama sama, makan sama sama, tido pun bilik yang sama, mencurahkan masalah sama sama (curah je masalah tapi setel nye sendiri beb) dan juga berkongsi tandas yang sama. Suma nak buat sama sama. So bagi mengekalkan silaturahim kami akan menjaga kebersihan diri agar orang lain tidak akan tersinggung. Almaklumlah hidup di persekitaran yang comel ni, kene pandai bawak diri. Kalau kau bawak perangai pengotor kau kat kapal, tak selamat la jawabnye. Ade la barang hilang, kene campak laut (barang aku belum pernah hilang lagi yer). Navy memang pembersih bang, tak cayo tanyo den.



Tandas aneh yang sudah tidak digunakan lagi dalam perkhidmatan Tentera Laut
(lepas berak kene pam) Chantek kan? Kecil dan Padat.




Tak semua tempat boleh masuk kat kapal ni beb banyak rahasia.... ko ketuk la pintu tu sampai ada orang buka, kalo xder orang sampai pagi la ketuk.


Kalo ko dah tinggal same same buat satu tempoh masa yang lame di kapal, ko juga mampu bergurau kasar ngan member macam ni

2 comments:

shaxx said...

teringin nak belayar naik kapal navy..cam best jer... hehehe

BuahKranjiDalamPerahu said...

bole beb anta je surat ke armada lumut kata nak wat lawatan..sume kapal leh tengok..