BATU KARANG MUSUH NO 1 NEGARA

Aku ada 2 bijik kenderaan, satu di KL dan satu di Lumut. Untuk bergerak dari Kl ke Lumut aku lebih selesa menaiki kenderaan awam pilihan No 1 Rakyat Malaysia ( pilihan rakyat india ialah keretapi tau) iaitu bas ekspres. Sebab aku lebih suka tidur di kerusi empuk kohok kohok masam masin pahit pahit kelat manis bas ekspres dari aku menyanyi sorang diri bagi menghilangkan bosan drive selama 4 jam. Bas pilihan aku dah tentulah Transnasional. Aku support sume yang ade perkataan nasional (bergurau). Tambang murah dan ianya sangat selesa untuk membuta, kecualilah jika orang yang duduk di seat depan aku tu jenis orang yang dah biasa naik kapal terbang bussines class, jenis nak duduk die je selesa, kalo kene orang macam tu aku akan ludah atas kepala die mase die tido ( setakat ni aku belum buat lagi, tapi teringin).

Selalunya bagi mengelakkan kene penyakit batu karang, aku akan buang air (sopannyer, nape aku tak cakap kencing ) dulu sebelum bas bergerak, sebab memang agak tidak selesa bergelut antara mengantuk dan menahan kencing ( aku dah tak sopan). Kebiasaanya bila perkara ini berlaku, kemenangan akan berpihak pada En Tido, jadi En Kencing terpaksa tunggu hingga sampai tempat dituju. Ini menambahkan lagi risiko untuk aku mengalami penyakit batu karang yang aku tak mau. Jadi aku cari toilet.

Aku tak selesa kencing di tandas awam, lebih lebih lagi di bus station, malu malu kencing aku nak keluar, aku gagahkan diri untuk ke kedai mamak di seberang jalan, dekat jer lebih kurang 15 langkah kuda jantan arab.

Sesampai di kedai mamak, aku terus ke toilet bagi meneruskan hajat, di depan pintu toilet dengan megahnye tertulis KALAU TIDAK ORDER TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN TANDAS. INI BUKAN TANDAS AWAM. Shit! malu aku. Ahh mampus lah aku redah jugak. Tapi mata mata nakal mamak kedai membuatkan aku serba salah lantas memberhentikan aku. Ish.. Order je lah. Mata nakal mamak yang sial.

Teh Ais satup, order aku sambil mengangkat jari telunjuk menunjukkan satu lantas berjalan masuk dengan berani ke dalam tandas mamak. Tiada lagi kerlingan sinis dari mamak ke atas aku. Fuh...lega. setelah men zipkan seluar aku pun keluar nak blah, sampai meja terakhir sebelum keluar dari kedai, aku terdengar, abang ini air tak mau ka? Aisey ingat plak mamak ni, aku ingat tadi nak buat buat lupe jer. ''satu dua'' kata mamak itu lembut. ''Nah'' balas aku sambil menghulurkan duit.

Wah sejuk sejuk ni kene teh ais, giler aper. Belasah jer la. Aku berlari lari anak ke arah bas yang aku tengok dah dibuka pintunye. Aku sayang plak nak buang air ni, dengan panatas lagak naga menghirup kuah aku menyelesaikan teh ais sehingga bunyi ''slurp slurppp'' kedengaran. Pelastik bungkus teh ais aku buang ke tong sampah berhampiran kerna aku warganegara yang prihatin. Jangan buang sampah merata rata, kebersihan bandar tanggungjawab kita semua.

Kat dalam bas aku dok kat tepi tingkap. kelihatan lubang air cond yang telah rosak dengan air cond menderu keluar . Uhh sangat sejuk best tido ni. Bergerak je bas tu 5 minit aku pun sampai ke Las Vegas.....zzzzzz.

Aduh tak tahan , bile la nak sampai ni. Menyesal aku habiskan teh ais tadi. Muka mamak yang kasi aku teh ais tadi ter flashback dalam kepala hotak aku. Ni brader bas tu baru berenti tadi jauh lagi next stop ni. Aku plak tido. Siut. Aku terpaksa menahan lagi sampai la tempat yang dituju. Aduh aku tanak kene batu karang.

1 comment:

Anonymous said...

pekena teh ais gara2 taknak kena batu karang ezry sampai terlepas bas..kecian.. dia