Trip To Perhentian Island Part 2

Sejurus selapas abih kelas, Aku angkut beg yang dah siap packing dan kemas bilik sikit sikit (sikit sampai orang xkan perasan yang bilik tu dah dikemas) itu namanye penyamaran untuk mengelirukan musuh., Aku tak bawa transport pun. Pong yang nak balik ke melaka tengok bapa die tengah sakit kat GH Melaka telah bermurah hati untuk hantar aku. Semoga pong dicucuri rahmat setiap kali bermain Lucky Ball...Amin.

Sampai di destinasi,Aku terus pergi ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket bas ke pulau perhentian, akak kaunter bas menjeling aku sambil bergurau dengan mengatakan bahawa takde bas yang pergi sampai pulau perhentian dik.nak pegi sane mu kene turun kat jerteh pastu amik bah ker kuale besut...kata akak tu lagi. Aku tersindir lalu cepat cepat membayar duit tiket sebelum dibahasakan lagi, ahh peduli lah akak ni, mentang mentang die tau mane bas sume pergi die kerek plak..Aku dapat tiket ke jerteh kul 11 malam, jam baru kul 8. Lame lagi la pulak..

Sejurus selepas membeli tiket,aku yang memang kebulur jer telah berjaya menghasut Pong untuk makan bersama aku, Tak susah nak menghasut Pong makan,ia lebih mudah dari mengajaknya karaoke. Oh yer suaranya sangat Jantan dan tidak mengikut irama ketika berkaraoke, tapi die sangat baik orangnya. (aku bodek Pong).

Kami makan di A&W kuantan. Satu ketika dahulu aku pernah sampai tahap hari hari makan kat A&W kat petronas Taman U, Sungguh best masa tu. Air rut bir segar dalam cawan macam dalam disko tu membuat aku terngiur seorangan, ditambah dengan coney dog ditabur potongan bawang...pergh...memang asyik.. Aku terus ajak Pong makan A&W.

A&W sekarang dah tak sedap, takder lagi cawan macam kat disko yang mat saleh buat minum arak tu, digantikan dengan cawan kertas jer. A&W dah takde identiti lagi, bekas airnye same je macam bekas air kat pasar malam.
Mulai hari itu aku tak support A&W lagi. Pergi mati la ko bear.

7 comments:

cikNiarun said...

arr...

aku ingt de read more..

tp upenye itu je..


mne tripnye?


huaaaarrggghhhh!

Abdullah Sufi said...

"A&W sekarang dah tak sedap, takder lagi cawan macam kat disko yang mat saleh buat minum arak tu, digantikan dengan cawan kertas jer".. Mane kau tau arak pakai cawan tu? Kau minum arak eh? aku bagitau mak kau..

BuahKranjiDalamPerahu said...

aku tengok kat Discovery Channel la..ape ni main mak mak..ketok pala ko nanti..kalo ko masih tak puas hati mari kita tengok sendiri di kelab malam..ayuh..

Misya Idris said...

huhuhu kesian bear tu..jangan la marah dia, bukan dia yg decide nak tukar cawan! :P

pink_butterfly said...

A&W sedap ke?

rama2 x penah try pon...


hehe...

BuahKranjiDalamPerahu said...

baby tiger:- tiger dan bear ade paper ker? apsal backing dier plak...

Pink butterfly:- awak dh terlambat untuk mencuba. baik makan KFC, sehingga menjilat jari...emm dap.

Misya Idris said...

alaaa bear tu chumel!! mesti la bakeing dia!!