NAJIB YANG SAYA KENAL

Pagi tu hari terakhir pemilihan pegawai kadet. Kami akan ditemuduga oleh seorang Jeneral. Aku duduk di depan bilik temuduga sambil termenung, memikirkan apa bakal soalan yang mungkin ditanya nanti. Aku rase macam dah cukup sedia, sehari sebelum tu sume buku sejarah aku singkap, sume ilmu pengetahuan am aku kaji, macam macam aku prepared. Nak ditemuduga lah katakan.

Di satu sudut aku nampak seorang mamat tengah dok menghafal sesuatu. Aku tertarik untuk menjenguk, mane tau die ade tips yang best ker. Leh aku cedok skit. Lagipun malu bertanya sesat jalan. Aku dah malas nak sesat dah. '' Buat per bang?''.''Aku dtengah dok hafal rukun negara ni''. Amboi rukun negara pun hafal macam baca sifir, xkan x hafal lagi bang?'' aku bertanya selaku menyindir. ''Hangpa takpa lah, muda lagi, aku dah tua dah, mana ingat benda benda ni suma,'' Dia menjawab dengan nada merendah diri. ''Hang tolong la bagi aku skit tips macam mana nak bagi depa pass kan aku''. kesian plak aku tengok brade ni. Calon akhir ade 70 orang, yang nak pakai ade lah dalam 30 orang, peratusan untuk di buang adalah tinggi bagi mereka yang berumur lebih dari 20 tahun. Brader ni plak umur 23, peluang dia tipis.

''Macam ni la bang, nanti lepas Jeneral tu tanya soalan pasal perkhidmatan, ilmu alam, pengetahuan am , last sekali maybe dia akan tanya kenapa kamu nak masuk askar. kalo dia tanya macam tu abang nak jawab ape?'' ''Apa lagi sebab minat lah. Lagipun aku memang minat masuk askar'' jawab brader jujur. ''ye lar tu ko minat, kalo betul minat apsal umur 23 baru ko mintak askar, selama ni lepas abis skolah ko uat aper'' aku mengomel dalam hati, aku x berani nak cakap depan die sebab aku tengok penumbuknye agak berurat. Aku kecik jer.

''itu jawapan standard bang'' Brader tu menggarukan kepalanye seperti ungka yang comel. ''Abang bagitau la kat dia, saya masuk askar sebab saya nak jadi macam Dato (jeneral tu la), saya ingin berjaya dan berbakti pada negara macam Dato, kompom Dato tu terharu bang''. Brader tu mengangguk penuh keinsafan, aku nampak matanya bersinar dengan harapan. ''hah barisan kedua standby masuk'' jerit staff sarjan. Brader tu bergegas bangun sambil bersalaman dengan aku. Mulutnya tak habis habis mengucapkan terima kasih. Aku cakap macam tu just nak bergurau jer ngan dier. Biase lah ayat nak menenangkan member. Aku memang mahir bab tu.

Lima belas minit berlalu brader tu keluar dengan muka yang bersinar sinar, die lulus temuduga. Dia bagitau aku yang Jeneral tu terharu dan siap salam ngan dia masa kat dalam tadi. Aku tersengih membalas salam die. Minggu depan kita jumpa di Lumut. '' oh ya, nama saya Najib, dari taiping perak''.

*************************************************************************************
Najib yang saya kenal masa pemilihan tidak berjaya menghabiskan latihan sebagai seorang pegawai kadet. Die dibuang atas sebab yang sedih kakinya bercagu. Walau bagaimanapun Najib tetap Legend, die suka menyanyi karaoke lagu Patahnya Sayap Malam - Massa. Dan suaranya memang sedap. Kalau masuk AF mesti die menang sebab dia ade aura tersendiri.


2 comments:

Baby Tiger said...

apa jadik la kat si najib tu skang kan...

Kujie said...

PM kita skrg ni ke?

hehehe...