HUJAN DILUAR MASIH TAK BERHENTI

Setiap kali hujan aku teringat zaman kecik kecik dulu, mase tu bebudak lagi, suci tanpa was was.
Time time hujan camni lah aku ngan sepupu2 aku nak main hujan kat rumah atuk aku. Time tu pencemaran udara kurang, awan belum lagi dipenuhi asap kilang dan asap kete, rumah atok aku plak kat felda, dalam hutan, so air hujan di kawasan tu masih dikategorikan sebagai air yang bersih.

Bahagian belakang rumah atok aku ada serambi, serambi tu diperbuat dari simen, simen jenis yang lame dulu, bancuhan yang simen lebih dari pasir, tak macam sekarang , kontraktor buat rumah bancuh simen tak ikut nisbah yang ideal, nak jimat kos die bubuh pasir lebih dari simen, hasilnya jadilah rumah pasir, kalo ko ketuk sikit dinding abis berterabur.

Simen yang padat akan menjadi licin kalo disimbah air, ia menjadi tempat yang best untuk berlatih sliding, memula aku akan gostan ke belakang skit, pastu lari ke depan dua tiga langkah sebelum meniarap, hasilnya satu sliding cantik seperti pemain bola sepak yang baru menjaringkan gol, ya aku turut merasakan betapa bahagianya perasaan meraikan dapat menjaringkan gol walaupun aku jarang menghasilkan gol.

Untuk tambah kick, aku akan taburkan sabun serbuk Fab nenek untuk melicinkan lagi pergerakan. Kemudian berpura pura seperti main ice skating. Ya aku telah bermain ice skating lebih awal dari kebanyakan masyarakat malaysia ketika itu. Bagi merancakkan suasana, aku akan memainkan lagu dari radio buruk rumah atuk untuk mendapatkan feel gimrama + ice skating. Tiada pilihan lagu mase tu, hanya pasang je mana mana saluran yang main lagu. Kalo Mariamah Tejo baca berita aku akan tukar.

Penghabisan permainan itu tadi adalah apabila berhentinya hujan, kami akan bilas di bilik air plak, tapi cume mandi sekejap aje, sebab atuk akan berdehem kalo kami mandi lame lame, ''sape nak bayor bil memahal tu'' katenyer.

Ah indahnye waktu itu boleh bermain hujan dengan seronoknye. Jarang ada yang sakit lepas mandi hujan dulu.

*************************************************************************************

Hari ni aku pakai jaket tebal, tadi baru makan pel soluble 2 bijik dengan air panas, tangan kanan menaip, tangan kiri pegang kain lap hinggus. Hujan di luar dari pagi tak berenti.

1 comment:

Baby Tiger said...

ala ciannyer...flu..