Pukul 6 setengah pagi jebon dah bangun untuk bersiap pergi kerja. Di lurutkannya kain pelekat kusam yang memang dipakai untuk tidur dari zaman dia sekolah asrama dulu, dan digantikan dengan kain sal warna merah gambar Mickey Mouse. Kalau dari jauh memang orang ingat kain sal lambang MU. Dicapainya satu beg berisi pek mandian lengkapnya sambil melangkah ke tandas yang terletak beberapa batuk dari biliknya. Kedinginan bayu pagi menusuk ke tubuh jebon. Sambil ke tandas jebon bersiul siul kecil , mungkin untuk menghilangkan rasa takut atau mungkin untuk mendapatkan feel nak kencing.
Pagi itu semua orang tak bangun lagi, jebon memulakan dengan memberus gigi, seluruh celah gigi digosoknya. 3 minit adalah minima untuk jebon memberus gigi. Pernah sekali tu jebon terselit daging kat gigi, hampir 15 minit die sental. Jebon cukup teliti. Setelah berpuas hati dia akan membasuh mukanya dengan pencuci muka, dicuci semula dan kali ini disapukan dengan shave foam. Di cukur nya setiap helaian bulu dimukanya agar licin. Jangan harap ade bulu yang nak lepas dengan cukuran gillete turbo jebon. Jebon rasa lebih yakin selepas bercukur.
Fasa satu sudah selesai, jebon masuk ke bilik mandi untuk fasa dua. Dijirusnya perlahan mulai kaki kemudian berganjak ke lutut dan kemudian ke pinggang. Apabila dirasakan kesejukan mulai sebati, jebon lantas menjirus ke belakang badan dan kemudian ke kepala. Petua ni jebon amalkan supaya badannya tidak terkejut sekiranya terus dijirus air sejuk. Disapukan pula dengan shampoo anti ketombe ke seluruh kepalanya. Buih shampoo memutih ke atas kepalanya, ditepek tepek, digaru garu seluruh kepalanya agar hilang segala ketombe. Badannya kemudian dilumur dengan sabun lux seperti erra fazira dalam iklan. Jebon menyanyi nyanyi kecil lagu Asyik dendangan amelina. Asyik, asyik asyik nya bercinta..
Selasai fasa dua, Jebon mengelap seluruh badannya kering kering sebelum melangkah keluar. Dia takut sejuk. Sampai dibilik jebon mula memakai bedak, deodorant dan kemudianya memakai uniform kerjanya. Dia memandang cermin sambil memuji muji ketampanan diri sendiri di hadapan cermin. Jebon menempekkan sedikit minyak rambut kemudian menyisirnya dengan sikat yang diperbuat dari tanduk kerbau. Boleh mengelakkan rambut beruban katanya. Jebon sudah siap separuh ketika itu. Hanya tinggal nak pakai seluar jer lagi.
Tiba tiba mukanya berkerut, dem....

******
Jam menunjukkan pukul 7 suku, jebon berlari lari anak membawa seketul sabun Dettol ke tandas sambil menyumpah nyumpah.
P/s: pantang betul kalo dah pakai smart smart tetibe nak terber*k plak.
9 comments:
pastu confem lambat pi kelas..
ahahahha ok lg sblum kuar da rase nk terbery tu..
d buatnye terbery otw g keje ke..abes r suar...haha
n_n
jas: seperti biasa member2 cover
ekyn: Semenjak akil baligh jebon dah boleh control...hehehe
bodoh la kau.. aku bace ni pon wat aku rase nak ter..
Heehee.. Nsib bek bwak dettol.. Kot igt tadik nak bwak tisu tandas jek.. Kih kih kih.. =p
paling best, klu ko bwk keta kat federal highway(start area jln 222/templer) pukul 3.30pm..pastu nk terberon..adesss..mane de petrol pump..hahahaha!!
hahaha..
bgus la kan..
dr xbek,2 yg payah 2..
hehe
huhuhuhu sokong2...
kelakarlah... hahahahahha :D
Salam,
Kami merupakan pekerja2 dari sebuah kilang di Shah Alam, Agni Energie Sdn Bhd yang diberhentikan secara besar-besaran tanpa pampasan dan gaji.
Majikan kami merupakan sebuah syarikat multinasional yang sedang cuba melarikan diri ke luar negara.
Bantulah kami untuk mendptkan hak kami.
Kami perlukan trafik dan follower untuk BLOG kami.
Bantuan anda amat2... tersangat2 diperlukan.
http://agni-inc.blogspot.com
Post a Comment