KISAH SEDIH DI HUJUNG MINGGU

Alkisah suatu ketika dulu zaman kanak kanak riang. Ade sekumpulan budak2 nakal yang membesar sama sama. Kita namakan mereka A,B,C,D, dan E. Mereka kerap juga menghabiskan masa sama sama. Keluar sama sama. Pergi sembahyang jumaat sama sama. Hisap rokok sama sama. mengorat sama sama. Nak dijadikan cerita, setelah habis SPM. A,B, C dan D berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading. Mereka pun keluar lah ke menara gading masing masing untuk mendapatkan segulung ijazah. E mencari jalan hidupnye yang sendiri. Akur dengan keslowan nya dalam pelajaran, E mencuba untuk menyertai tentera. E juga keluar dari kawasan perlepakan mereka dan merantau jauh. Sejak dari itu, ABCDE semakin kurang menghabiskan masa bersama sama terutamanya E yang duduk jauh dan selalu sibuk.

Setelah tamat pengajian, A telah membuka sebuah syarikat mengambil gambar di IPTA nya. Die merekrut BC dan D untuk bekerja sama dengannya.Mereka pun kembali rapat dan bekerjasama dengan riang seriang riangnya. Mereka bertungkus lumus bekerja untuk menaikkan syarikat mereka. Syarikat mereka sangat maju dengan jumlah pelanggan yang maha hebat. Atas kerajinan mereka itu, A membawa mereka melancong ke luar negara. Mereka semua riang gembira melancong bersama sama. E cume melihat dari jauh dengan harapan dapatlah die barang key chain buat menggantikan kesedihan kerana tidak diperlawa. Haram, tiada key chain untuk E.

Sesekali apabila pulang bercuti E akan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan ABCD. Satu malam, sewaktu bertemu mereka, E dengan bergurau meminta jasa baik mereka untuk merakamkan gambar di hari persandingannya nanti dengan bayaran yang ala kadar, sebagai hadiah perkahwinan dari kawan. Die digelak teruk oleh mereka , ABC dan D mengatakan yang mereka mempunyai standard tersendiri. Bayaran mereka adalah tinggi sejajar dengan profesionalisme mereka. E tergelak di mulut tapi terguris dihati. Tak mengapa, mungkin mereka bergurau.

E semakin jarang bertemu ABCD selepas kejadian itu. Terasa hatinya menjadik jadik. Setelah beberapa lama berbulan bulan selepas itu. E mendengar gosip gosip mengatakan syarikat itu telah berakhir. Mereka mengalami masalah. Kucar kacir jadinya. E hanya melihat dari jauh keretakan ABC dan D. Nak ditegur salah, tak ditegur pun salah. E mengambil keputusan hanya untuk melihat. Disaksikannya keruntuhan satu ikatan.

Setelah bertahun lamanya ABCDE bersahabat, kutuk mengutuk, pinjam meminjam, pow mengepow. Akhirnya mereka membawa haluan masing masing. Tiada lagi nostalgia lama untuk dikenang bersama. Semua hanya kerana sedikit salah faham. yang mungkin jika dibincangkan bersama boleh diselesaikan. Sehingga hari ini , E masih berharap yang suatu masa nanti mereka boleh duduk lepak bersama sama bergelak ketawa sambil kutuk mengutuk seperti dulu.

P/s: E paling kuat kutuk orang.

7 comments:

Yana Yasmin said...

macam tauu je A tu sape..hurms!btw..slmt berkahwin..;)

jasrina rahim said...

E tu ko?

haishh... kadang2 bila kawan2 dah berjaya diorg akan lupa erti bersahabat.

Rona Realiti said...

aku terasa diri aku E plak...

BuahKranjiDalamPerahu said...

aku jarang dapat E time exam...selalu A jer.. tapi aku bukan A..

Baby Tiger said...

iskkk kisah benar ke ni? harap korang dapat berbaik2 semula..

Penchenta Dosa said...

Eeeeee taliiii!!!

panggil aku shEh said...

ABCDE sangat sinonim..
walau dipisah tetap sehati!