JANGAN TINGGAL DAKU

Sebatang demi sebatang rokok aku hisap, memula dunhil kendian disulami dengan nusantara pastu dunhill balik. Aduh, kusut kepala ni tak juga hilang. Buku ASB ditenung dalam dalam. Aku angkat dan aku letak, aku angkat dan aku letak lebih kurang lima minit, aku duduk tersandar di tepi katil. Sebelah tangan memegang rokok sebelah lagi memegang buku ASB. Mata pandang depan separa termenung. Sesekali tu ade la juga aku halakan buku ASB ke muncung. Tapi tersedar semula setelah tiada asap yang dapat aku sedut.

Tenet tenet tenet. Lagu hanset aku berbunyi, lamunan ku tersentak. Aku capai hanset murah aku tu. Ada mesej masuk. ''Bang ko dah masukkan ke belum duit deposit dewan tu? kalo tak masuk harini nanti orang tu cancelkan booking''. Dada aku kembali berdebor debor. Aku belek kembali buku ASB warne biru tuh, ya baki tertulis dalam tuh tinggal seribu ringgit. Biau betul???
Mana pegi duit aku yang ribu ribu tuh??? Aduh duit dah la takde ape macam boleh hilang. Habislah aku. Dalam kepala aku terbayangkan tunang aku berjalan slow motion membelakangi aku pergi meninggalkan aku. Dan terbayang juga wajah wajah bonda dan ayahanda sambil bercekak pinggang menghayun hayunkan jari telunjuk ke arah aku. Lebih memedihkan wajah Jantan jantan lain dikeliling tunang aku sambil menghisap curut cuba.

Peluh jantan menuruni laju.

Aku pegang lagi sekali buku ASB tu, perlahan lahan aku buka bahagian depan, mulut masih tak berhenti henti membaca apa yang patut. Mohd Hasrulniza bin Zakaria???
Cilakak ini bukan buku aku.

P/s: Jangan simpan buku ASB anda satu beg bersama sama buku ASB kawan anda walaupun pergi bank sama sama. Apasal diorang tak buat buku name kat luar? Pasal ape nama kat dalam??



11 comments:

panggil aku shEh said...

eh eh...
ade org nk kawen da!

Rona Realiti said...

dewan tu utk majlis kahwin la kan...!?
xkan majlis khatan plak...!?

jasrina rahim said...

mesti time tu ko pikir last option adalah koperasi, kan?

Shemmi said...

cheh!

berdebo je bace sampai ending..

eedany said...

wahhh... bila nak kahwin nih?

:)

BuahKranjiDalamPerahu said...

sheh: nasi baik jumpe balik buku sendiri

rona: err..utk khatan sebenornye hehehe

Jas: kau yang paling mengerti..hehe

Shemmi: Jangan berdebor sangat nanti sakit jantung

RobinHood said...

hahah wat saspen betul..
inggatkan toyol dah curik angka dalam buku bank tuw...
hahahahaha

Penchenta Dosa said...

bape kau nk?

sayang said...

hahahahaha... tu la, cikgu da kata baca nama tu betul2... (^_^)

Algojo said...

lu bodoh la bang ! jgn bagi gua horror boleh x ? gua dah tak aaa nk tolong.. apa daa boleh lemah jantung gua.. sekali lagi.. Bongokk !

Anonymous said...

kelamkabut betul la lu ni kibut. Count of monti cresto