MISI 31 OKT # 1 PROLOG

Masa semakin hampir. Satu anjakan paradigma akan berlaku. Perubahan status kehidupan. Ya, ramai yang sudah sampai dan masih ramai juga yang sedang menanti. Ramai yang mengatakan bahawa ia adalah permulaan kepada satu kehidupan malah ramai juga yang menganggap ia adalah perngakhiran dalam hidup. Terpulang kepada individu untuk menilai mengikut kes masing masing.

Dalam kusut memikirkan ape yang akan tiba, sanak saudara pula bergembira. Bergotong royong berhempas pulas sama sama memikirkan ape yang terbaik. Sponsor sana sponsor sini tolong sana tolong sini. Ape saja yang terlintas di benak ini akan mereka usahakan supaya ia menjadi realiti. Segala masalah mereka tepis dahulu. Mereka cantas supaya mudah untuk aku bergerak.

Ramai yang bertanya sudah sedia kah engkau?

Sedia dari segi apa?

Bila pula waktunya yang aku akan benar benar sedia kawan? Hingga umur bertambah Sepuluh tahun lagi? dua puluh tahun lagi? sehingga aku ada misai penuh menutup mulut? hingga rambut memutih? atau sehingga semua anak kawan kawan sudah masuk sekolah menengah? tak pun sehingga aku sudah ada kereta besar, rumah banglo besar, orang gaji bersepah sepah? atau sehingga aku balik umrah atau bergelar haji?

Waktu itu kah baru datang sedia itu?

Kalau begitu, sampai bila pun kita tak akan sedia....
Dan kamu , akan hanya terus memandang benda ini....sayup sayup dari jauh....


5 comments:

sayang said...

Bila pula waktunya yang aku akan benar benar sedia 'kawan'???? kawan ke kawin?

Rona Realiti said...

kad jemputan... kad jemputan...!!

panggil aku shEh said...

Alhamdulillah..
selamat pengantin baru!!hehehe..

aku sheh walaupun memandang dari jauh, sayup sayup.. akan tetap mendoakan kamu dan pasangan agar bahagia selamanya didunia & diakhirat.

doa2kan aku bertemu jodoh yg baek2 hendaknya ye! heeeee

BUAT ABES BAEK!! ^__^

Penchenta Dosa said...

kau kawin nanti kau sedia la.. minggu ni kau blom kawin lagik.. so apa pro kiter? hahahaha

jasrina rahim said...

bila bachelor party??