MAKAM SUNAN AMPEL, SURABAYA

Kembara hari pertama kami, mengikut jadual yang aku buat sendiri, tempat pertama adalah Makam Sunan Ampel di Surabaya. Sunan Ampel ataupun nama sebenarnya Maulana Malek Ibrahim adalah yang tertua antara sembilan Wali. Dia lah yang memulakan usaha dakwah di tanah jawa di kalangan sembilan wali songo. Wali yang lain lain tu ada di antaranya adalah anak, cucu anak murid dan waris waris beliau....


Papehal pun Sebelum masuk tangkap gambar dulu, ini pintu gerbang masuk ke makam yang ditaja oleh sebuah syarikat kain pelekat. Wadimor name company tu.




Perjalanan nak menuju ke Makam, penuh ngan orang jer, orang minta sedekah sepanjang jalan, memula tu bagi la juga sikit, tapi bile aku tengok jalan ade lebih kurang satu kilometer pastu setiap meter ade orang minta sedekah aku terus berpada pada bagi, takut nanti aku plak kene join diorang nak cari tambang balik.




Kat sini je last amik gambau, kat dalam tuh diorang tak bagi amik gambau, sume yang jaga kat gate kubur tu muka garang garang. Tu sebab aku posing dengan muka yang curiga.



Tanpa di rancang, rupa rupanya hari itu juga adalah hari Ulang Tahun Sunan Ampel yang ke 540. Diorang kat sana sambut macam Maulidur Rasul, diorang berarak beramai ramai sambil selawat.




Rileks je budak ni aku tengok, tukang pukul gendang atas beca, siap pakai spek itam lagi. Sungguh cool. Belakang ade orang tolak. Tak payah kayuh.




Die punye syok selawat sampai berpusing pusing badan die.




Budak shuffle K.L dah outdated, ini adalah fesyen baru shuffle, Shuffle Hadhari namenye..




Selesai tengok perarakan kami pun blah meneruskan perjalanan...kami menyusuri lorong lorong belakang... lebih cepat... lagipun nak tengok Pasar Surabaya.




Di lorong belakang banyak orang macam brader ni, diorang seronok tgk kamera besau agaknye...

6 comments:

panggil aku shEh said...

aku nk nek beca tu smbil org tolak aku *rase-cm-queen-lax*

shuffle baru RULES! YEAH!

balqissy said...

dak yang pukul gendang tu c0ol sangat ^.^

BuahKranjiDalamPerahu said...

sheh : nanti diorang minta upah

balqissy : Die pukul lagu Mawi time tu, siap goreng lagu tu..

jasrina said...

hek eleh brader 2 org tu. teruja sgt org amik gambar dia.

BuahKranjiDalamPerahu said...

ni baru brader, pic sister2 yang teruja aku tak buh lagi...hehehe

Anonymous said...

hi every person,

I identified kolumpo.blogspot.com after previous months and I'm very excited much to commence participating. I are basically lurking for the last month but figured I would be joining and sign up.

I am from Spain so please forgave my speaking english[url=http://masubmityournews.info/].[/url][url=http://sportsnewsgo.info/forum].[/url][url=http://gasportsnews.info/].[/url]