Showing posts with label OLD NAVY. Show all posts
Showing posts with label OLD NAVY. Show all posts

JAMBAN YANG PALING SEKSA SEKALI NAK GUNA DALAM DUNIA


Kajian Terperinci Tandas Kapal


Tarikh Lahir : 1960 an.

Tarikh Tamat Perkhidmatan : 2005 ( dipindah milik ke APMM)

Lebar : Setengah Depa.

Panjang : Kalo duduk angkat kedua dua tangan , hujung jari akan mencecah pintu.

Kelemahan : Ruang yang Sempit dan garis pusat graviti yang rendah, kalo orang tinggi mesti lutut cecah telinga. Nak hisap rokok pun x feel sebab asap akan penuh macam jerebu.

Kelebihan : Kecil mudah dibersihkan, tak perlu pakai pewangi yang banyak nak kasi wangi. Orang jarang duduk lama lama 5 min dah setel. Ade pemegang kat tepi, kalo kapal goyang jangan risau.

Tahap seksa : 3 bintang.

Sebab : Kalo tangan tengah sakit - sakit ke lenguh - lenguh ke, mesti terseksa jiwa dan raga. Ada satu kali tu muscle naik berketul ketul baru setel. Kalo berak keras lagi penat nak pam. Lagi satu tak sesuai nak membuang hajat kalo time cuaca buruk, kompom muntah hijau dalam tu.

Cara Guna : Pam adalah objek disebelah kanan gambar, setelah selesai jiruskan air secukup rasa dan pam seperti pam basikal , ia akan disedut ke dalam dengan bunyi sruup, sruup. Hasil anda akan dihancurkan dan terus di pam keluar kapal.
p/s : Ko ingat seronok dok kapal?

BAU BAU BAU MU BAU ASEM

Turun je dari kereta Balbir berlari lari anak menuju ke atas, bilik Pilah di tingkat 3. Sepanjang kursus Navigasi, Balbir menumpang di bilik Pilah. Balbir tiada bilik di Mess Lumut. Unit asalnya di Kuala Lumpur. Beg Deuter ACT LITE 60 nye dipegang kuat, tali beg itu puas dipintal pintal dari Setiawan ke Lumut. Pesan Opah Balbir ikut,
''Pintal pintal tali terpintal tahi aku''
Balbir mengulang ngulang ayat tu bagi mengurangkan rasa nak terberaknya tetapi dirasakan gagal. Hujung yang keras itu dirasakan mencucuk cucuk. Peluh mencurah curah. Balbir sampai ke tingkat 3.

Pintu bilik Pilah terbuka luas, kelihatan Pilah dan Pejal sedang bermain Winning Eleven di PS2.
''Eh dah sampai dah kau? , kate sampai malam"
Pilah menegur sambil tangannya tidak lepas membawa bola.
''Aku speed tadi, ade hal skit bro''
Jawab Balbir. Pejal terus dengan konsentrasi 100%. Kehadiran Balbir sedikit pun tidak mengganggunya, Pejal memang seorang gamers sejati, alangkah baiknya jika konsentrasi begini yang ditunjukkan semasa mengambil SPM dulu.

Beg Balbir lempar ke atas katil.
''alamak towel aku tinggal kat kete la, pinjam towel ko Pilah''
kata Balbir sambil menanggalkan baju dan seluar hingga tinggal seluar dalam RENOMA warna oren, kaler kegemaran Balbir.
''Amik lah kat tepi tu''
Pilah jawab acuh tak acuh dengan muncung menghala belakang pintu.

Balbir pusing dan mencapai towel putih bersangkut di belakang pintu. Dalam kepalahotak dia tak pikir paper lagi dah, die berlari menuju toilet yang terletak dalam sepuluh langkah, sambil berlari tangan kiri memegang seketul sabun dettol, sebelah lagi memegang kemas ikatan kain Sal nya.

Balbir meneruskan Hajatnya.

Selesai.

Balbir dengan muka puasnya bersiul kecil tanda lega. Dia merasakan badannya melekit, di tolaknya pintu bilik mandi lantas membuka pancuran air. Sambil mandi Balbir menggosok seluruh badan gaya Erra Fazira dalam iklan Lux.
''Asyik , asyik , asyik. asyik , asyik nya bercinta''
Seronok betul Balbir dapat mandi, hilang segala tensen menahan berak tadi.

Balbir mengelap ngelap badan sebelum keluar tandas. Sampai di bilik Pilah, Balbir dengan keadaan separuh telanjang mengelap lagi badan, diusapnya kali ini perlahan sekeliling badan sehingga kering. Balbir kemudiannya mengusap kain sal ke mukanya.
''Huh sial !!! Busuk !!!''

Balbir menjerit gaya Hulk Hogan sebelum mula nak lawan, sambil mencampakkan towel tu ke lantai. Mukanya berkerut kerut menahan marah.
'' Yang kau dah tau pakai towel aku kau pergi sapu muka sapa suruh? padan la muka kau"

Pejal yang kompius mempausekan kejap game lalu bertanya
'' asal Pilah? kain sal tu tadi sapu lantai ke? Bau busuk ke? bau ape? ''
'' Bau Ju**r!!''

Kata Balbir sambil berjalan laju ke tandas , kedua dua pasang mata terpaku pada towel putih di lantai, kelihatan tompok tompok cokelat diatasnya.

'' Ko kejam Pilah, ko kejam "

Pejal menyambung semula permainannya.



NAJIB YANG SAYA KENAL

Pagi tu hari terakhir pemilihan pegawai kadet. Kami akan ditemuduga oleh seorang Jeneral. Aku duduk di depan bilik temuduga sambil termenung, memikirkan apa bakal soalan yang mungkin ditanya nanti. Aku rase macam dah cukup sedia, sehari sebelum tu sume buku sejarah aku singkap, sume ilmu pengetahuan am aku kaji, macam macam aku prepared. Nak ditemuduga lah katakan.

Di satu sudut aku nampak seorang mamat tengah dok menghafal sesuatu. Aku tertarik untuk menjenguk, mane tau die ade tips yang best ker. Leh aku cedok skit. Lagipun malu bertanya sesat jalan. Aku dah malas nak sesat dah. '' Buat per bang?''.''Aku dtengah dok hafal rukun negara ni''. Amboi rukun negara pun hafal macam baca sifir, xkan x hafal lagi bang?'' aku bertanya selaku menyindir. ''Hangpa takpa lah, muda lagi, aku dah tua dah, mana ingat benda benda ni suma,'' Dia menjawab dengan nada merendah diri. ''Hang tolong la bagi aku skit tips macam mana nak bagi depa pass kan aku''. kesian plak aku tengok brade ni. Calon akhir ade 70 orang, yang nak pakai ade lah dalam 30 orang, peratusan untuk di buang adalah tinggi bagi mereka yang berumur lebih dari 20 tahun. Brader ni plak umur 23, peluang dia tipis.

''Macam ni la bang, nanti lepas Jeneral tu tanya soalan pasal perkhidmatan, ilmu alam, pengetahuan am , last sekali maybe dia akan tanya kenapa kamu nak masuk askar. kalo dia tanya macam tu abang nak jawab ape?'' ''Apa lagi sebab minat lah. Lagipun aku memang minat masuk askar'' jawab brader jujur. ''ye lar tu ko minat, kalo betul minat apsal umur 23 baru ko mintak askar, selama ni lepas abis skolah ko uat aper'' aku mengomel dalam hati, aku x berani nak cakap depan die sebab aku tengok penumbuknye agak berurat. Aku kecik jer.

''itu jawapan standard bang'' Brader tu menggarukan kepalanye seperti ungka yang comel. ''Abang bagitau la kat dia, saya masuk askar sebab saya nak jadi macam Dato (jeneral tu la), saya ingin berjaya dan berbakti pada negara macam Dato, kompom Dato tu terharu bang''. Brader tu mengangguk penuh keinsafan, aku nampak matanya bersinar dengan harapan. ''hah barisan kedua standby masuk'' jerit staff sarjan. Brader tu bergegas bangun sambil bersalaman dengan aku. Mulutnya tak habis habis mengucapkan terima kasih. Aku cakap macam tu just nak bergurau jer ngan dier. Biase lah ayat nak menenangkan member. Aku memang mahir bab tu.

Lima belas minit berlalu brader tu keluar dengan muka yang bersinar sinar, die lulus temuduga. Dia bagitau aku yang Jeneral tu terharu dan siap salam ngan dia masa kat dalam tadi. Aku tersengih membalas salam die. Minggu depan kita jumpa di Lumut. '' oh ya, nama saya Najib, dari taiping perak''.

*************************************************************************************
Najib yang saya kenal masa pemilihan tidak berjaya menghabiskan latihan sebagai seorang pegawai kadet. Die dibuang atas sebab yang sedih kakinya bercagu. Walau bagaimanapun Najib tetap Legend, die suka menyanyi karaoke lagu Patahnya Sayap Malam - Massa. Dan suaranya memang sedap. Kalau masuk AF mesti die menang sebab dia ade aura tersendiri.


Hitam Hitam Si Tampuk Manggis

Minggu lepas aku jumpa sorang kawan lama aku, sama sama guling dulu,die ngan bini ngan anak die jalan jalan kat jusco au2. Teringat plak aku masa kiteorg muda muda dulu, masa tu keluar reramai, pakai kemeja lengan panjang, rambut tiga inci tepi slup. Muka hitam cengkung, berminyak dan berjerawat semua satu pesen jek. Keluar plak paling jauh pun g setiawan, main game kat CC. Mane yang kaki tido tu pergilah lepak masjid setiawan, tido situ sampai petang.

Main game kat CC sampai lebam pastu pergi belakang Wisma Ganda makan nasi goreng. Itu adalah menu sepesel bagi orang macam kami. Segala zat yang berada dalam nasi goreng tu lah yang membuatkan aku sampai ke hari ni.

Dah kalo berjalan reramai tu kalo x mengorat mesti x sah. Sementara menunggu bas nak balik lumut, awek2 yang tunggu bas sekali menjadi mangsa. Hehehe. Pernah sekali tu member aku kene sound dengan satu awek manjung mase ngorat. '' Dah la hitam, botak plak tu ade hati nak ngorat orang plak''. Malu beb, aku terus berundur ke belakang bagi memberi laluan awek tu untuk menambah makian nye. Merah muka member aku tu. Dah le die yang paling hensem, pun kene marah, inikan plak aku yang bermuka ganas ni. Nasib baik aku tak try skali tadi.

Berikutan kes dimaki itu tadi, kami sebulat suara untuk mengubah penampilan supaya tidak dipandang hina lagi. Masing masing sudah pandai membeli fair n lovely. Tapi itu semua sia sia sebab setahun dua ni aktiviti kami memangnya tidak menyebelahi kulit kami, tinggal pula di tepi laut lantas membantu lagi penggelapan kulit. Ramai juga dikalangan kawan kawan aku yg awek lari sebab BF nye sudah tidak secute dulu. Aku tak terkecuali menjadi mangsa keadaan.

Ahh...tapi itu sume dulu, sekarang semuanya telah berubah. Member yang aku jumpa tadi telah membuktikan yang walaupun dulu dier pernah dimaki dan dicaci atas kehitamannya, dia sekarang telah berkawen dan mempunyai seorang anak. Dan lagi manis tu die kawen plak ngan akak awek yang maki dier dulu. Hehehe. Adik iparnya yang bermulut macam azwan ali tu plak sehingga sekarang belum kawen lagi walaupun putih gebu.

Bak kata pepatah, hitam hitam sitampuk manggis walaupun hitam dipandang manis....
Ada betul ka adik manis?.....


PELAMIN ANGANKU MUSNAH

Sekolah Tadbir Awam
Pejabat Awam

25990 KUANTAN

Pahang Darul Makmur

Tel: 09- 5344344 Samb 474


Dis 08


Pers/4614/08

Pejabat Awam

(Untuk Perhatian : En Sabarudin)

d/a Pejabat Awam Kuantan

25990 KUANTAN

Pahang Darul Makmur



Tuan,



MEMOHON KEBENARAN BERNIKAH


  1. Saya Mohd DolHelmy bin Ayub , berumur 24 tahun dan masih bujang ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk saya bernikah pada 03 Julai 2009. Majlis perkahwinan ini akan dilangsungkan pada tarikh tersebut di rumah pasangan saya. Bagi majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan di rumah saya pada 05 Julai 2009.



  1. Bakal isteri saya ialah Cik Suhaili bte Saat, berumur 24 tahun dan masih bujang. Kami berkenalan sewaktu sedang belajar di UTM dulu, saya selalu mengganggunya sewaktu beliau pulang dari kelas malam. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta.Walaupun pada mulanya dia sangat menyampah pada saya, lama lama die mula rindu dan kemudian jatuh cinta pada saya, walaupun saya tak kaya. Dia tidak memandang pada harta. Kami saling sama cinta menyintai.Oh ya, Beliau adalah seorang penuntut Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Bukan calang calang orang tau. Budak U tu.



  1. Untuk makluman pihak tuan, saya telah mengikat tali pertunangan pada 21 September 2007 dan tempoh ikatan selama dua tahun. Seandainya saya masih tidak bernikah setelah 2 tahun, maka apalah pula pandangan orang kampung isteri saya terhadap saya. Mungkin mereka akan menabur fitnah ke atas saya. Untuk itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberikan kebenaran bernikah dan seterusnya melangsungkan majlis perkahwinan pada tarikh-tarikh yang disebutkan.



  1. Saya berjanji akan memastikan urusan perkahwinan saya ini tidak menggangu masa pengajian saya di sini. Seterusnya, saya berjanji akan memberi sepenuh komitmen sepanjang mengikuti pengajian di sini dan sedia bertanggungjawab sekiranya wujud sebarang masalah kelak. Saya juga berjanji akan menjadi suami yang baik serta berguna kepada isteri dan bapak mertua saya nanti.



  1. Majlis perkahwinan ini akan dilangsungkan di 123 Lorong Merpati, Taman Musibah Sungai Mati, 84000 Muar, Johor. Ya, bakal isteri saya memang orang Muar.



  1. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.Saya berharap agar permohonan ingin berkahwin saya dapat diluluskan agar tiada pihak yang akan kecewa. Kebenaran dari pihak tuan akan saya hadiahkan dengan kad kahwin. Jemput lah hadir bersama.



Saya yang gatal dah nak kawin



MOHD DOLHELMI BIN AYUB




P/S: Surat mintak nak kawen member aku yang aku dah rosakkan... Harap harap die baca dulu sebelum hantar kat bos..hehehehe

BILA LAPAR DAN MARAH BERSATU

Sekarang aku tahu yang life sorang student tu memang teruk.
Ade ke nak minum secawan teh ngan sepinggan nasi lemak pun kene tunggu pukul 1000h baru boleh.
Dah la tak sarap pagi tadi. Best lagi dok kapal dulu. Aku nak mengunyah doplohpat jam pun takde orang marah. Arhh...Sume ni karenah birokrasi. Damn!! Aku nak cari orang yang pandai santau angin la, korang ade kenal sesape ker?

Lembu Oh Lembu

Sudah sekian lame sejak kali terakhir aku merapu. Bukan malas cume tak rajin je. Banyak yang nak dibuat. Baju nak di kemas, kereta nak di servis, utang nak dibayo. Masa amat mencemburui aku. aku dapat tau kene pergi kuantan hari selase minggu lepas, hari Jumaat plak dah kene ade di kuantan. Kejam betul depa nih. Depa ingat aku robot ker. x pun ingat aku xde kehidupan ker. ceh.

Nasib baik yang suruh tu bos. kalo member le...pijak jer perut die.

Bukan diorang tak tau kalo nak suh aku keluar dari post aku sekarang nak kene cari pengganti awal2. Banyak yang nak di Handingover kan. Rutin orang tue tu, makanan kegemaran, minuman kegemaran, tempat lepak kegemaran......macam macam lah..

Nak dijadikan cerita, lepas hari selasa aku dapat tau akan berkursus kat kuantan, hari selase diorang pun bawaklah 4 orang untuk interview gantikan aku. Aku pun pergilah tengok bakal bakal pengganti aku. Aik nape tinggal 3 jek, semalam bagitau ade 4 orang yang ganteng ganteng akan datang interview . Rupenye sorang dah kene reject awal2 sebab dah kawen. Yang diorang g panggil orang dah kawen nak buat hape, susah kalo orang yang dah kawen dok post aku ni. Mane nak layan bos la, ble nak manje2 ngan bini, ble nak beli pampers la... susah woo, bujang takper dieorg xde keluarge. Boleh dikerah 24 jam, macam yang dah berlaku pada aku dulu.

Aku pun usyar la belen lagi 3 tuh, cis...kali ni biar aku yang reject dulu, macam mane lah budak gemuk ni yang datang interview plak. mesti tipu gambar masa anta resume. Perut boss pun lagi kecik da dari perut bdk ni. Ko kemas la barang ko, pergi balik skrg...fedap tul.. Memalukan perkhidmatan...hehehe..bos bos takpe la boroi skit, nampak la ilmu penuh di perut...ops ilmu penuh di dalam. Ini baru umur 23 perut dah macam sauh kapal.

Aku pun p tengok belen lagi duorang tuh, emm aku cube menilai dari aspek luaran dulu, sebab aku tau taste boss aku, xkan nak bagi die assistant yang menyakitkan mata memandang plak. Muka , gaya , emmm...boleh lah, masih di bawah par tapi okeylah tu.

Jom follow aku jumpe boss, mase boss tanye nanti ko buat buat la bijak skit. Walaupun korang kurang bijak...hehehe. Aku tetap menunjuk kan riak wajah yang sirius, untuk menghidupkan suasana seram pada mereka. Aku iringi mereka ke bilik boss beserta iringan doa untuk kejayaan mereka juga. Ape yang aku doa tu rahsia.

Selepas lebih kurang 45 minit sorang masuk, sorang lagi kuar, smart jer mamat ni kuar, maybe lepas boss aku hantam mamat tuh die suh sikat rambut kot, possible, possible.

Lepas sejam setengah kuar lah kedua dua mereka dengan muka yang riang gumbira sebab telah habis ditemuduga. boss aku tak hantam diorang pun, cume aku je yang berharap. ciss.
Boss aku dah buat pilihan yang sorang mamat bernama Hilmi ni akan ganti aku, aku pun dengan tangkas dan gagahnye mengarahkan mamat ni sejurus selepas temuduga untuk mengikut aku, aku pun handingover la segala yang aku tau supaya dia dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama seperti yang telah aku lakukan dulu.

Mamat tuh pun balik la ke lumut malam selase tu jugak, so esok dia akan setelkan urusan die di lumut dan pagi Kamis tuh dah boleh start keje. Semua dalam masa yang singkat jer, akupun tergesa gesa gak nak setel kan keje sebeum bertolak ke kuantan ari kamis petang. Selesai jer handing over aku pun melepaskan nafas kelegaan, mautaknye lega, semua kekusutan yang aku tanggung selama ni dah diserahkan pada orang lain. Tidur malam aku haritu selena baby.....

Petang Rabu, aku dapat msg dari hilmi, msg yang berbunyi camni.....

Salam tuan, saya minta maaf, saya baru je kemalangan, saya mengelak lembu dan kereta saya masuk longkang. Cedera saya teruk jugak sebab kaca cermin kereta pecah dan timpa saya.

Lembu punye Lembu............




ESOK HARI YANG INDAH SEINDAH BUNGA CITRA LESTARI

'' Hujan turun dengan lebat, Nafas mona kian sesak. Cikgu dolah tersandar sambil menghembuskan asap rokok ke luar''


Adus...senak plak. Benda macam nilah yang membantutkan pembacaan aku, baru nak sahut seruan kerajaan menjadi masyarakat pencinta ilmu. Malam malam macam ni air cond kapal di bawah tahap beku. Silap lah tadi sebelum tido aku tibai jus oren. Malas betul lah nak g toilet, walaupun toilet tu cume 7,8 langkah. Tapi keadaan luar bilik nak ke toilet yang gelap tu membuatkan aku berpikir dua tiga kali. Malam je lepas pipe down, dalam pukul 1030H, semua lampu dalam kapal akan dimatikan dan digantikan ngan lampu berwarna merah. So, memang seram skit la.

Ahh seram ke tak itu no 2, masalah nye sekarang aku cinta kan buah pinggang aku. Aku hentikan monolog dalaman aku lalu bergegas keluar untuk mencari toilet. Roomate aku yang seramai 5 orang sume sedang nyenyak tido. Kepenatan membuat latihan petang tadi barangkali. Krek krek.. Pintu bilik aku kuak. Nak ke toilet aku kene lintas kabin Peg Peperangan, kabin peg Jurutera, wardroom ngan kabin peg tadbir.

Aku menyusun langkah slow mo sebab tanak orang terganggu ngan pergerakan aku. Sampai toilet cepat cepat aku menunaikan hajat. fuhh...seribu kenikmatan aku rasakan.

Aku menyusun langkah ke bilik. Sampai di Wardroom langkah aku matikan segera, aku macam terdengar suatu bunyi plak. Aku cuba amati bunyi bunyian itu dengan selanjutnya...
Wah wah sudah.... Apehal plak suare orang nangis kat tengah laut malam malam camni. Shit...
Bulu rome aku tegak dengan sendiri. Suasana sunyi sebentar, tiba tiba kedengaran plak suara hinggus dihembus. ''Bunyi orang nangis ni'' kata aku bermonolog.

Ini xleh jadi ni, bunyi macam ni xleh dibiarkan aku kene siasat. setiap kabin di laluan aku lekapkan telinga tapi takde paper bunyi. kecuali kabinPeg Peperangan, macam ade sesuatu je.

Aku nekad, aku musti tengok bilik ni, bilik peg peperangan dihuni oleh dua orang, salah seorang daripadanya sedang duty membawa kapal, makna nya tinggal sorang jer dalam bilik tu. Dalam kepala hotak aku mungkin si A (gelaran penghuni kabin peg peperangan) ade masalah. Mungkin die sedang berhutang dengan along yang mengugut untuk membakar rumahnya, x pun cintanya ngan minachi baru ni ditolak lagi kerana die tak hensem hero tamil yang lain atau..... Ade sesuatu sedang bertenggek di atas katilnya sambil menangis???

Sial, aku harap yang last tu hanya andaian bodo aku jer. Aku tak mampu lagi nak berhadapan ngan bende bende camtu.

Pintu biliknye aku terjah, aku terus tekan suis membuka lampu. Aku separa terkejut, aku nampak , aku nampak..................


Laptop terpasang dengan cerita Kabhi Kushi Kabhi Gam part Amitab Batchan halau Shah Rukh Khan. Si A plak kelam kabut mengesat mata dan hingus sambil tanggo yang die sedang selsema.

Ceh tengok Hindustan pun nak Emo.

Aku bergegas ke kabin untuk menyambung pembacaan aku yang terbantut, aku terbayang hari esok yang indah.


BATU KARANG MUSUH NO 1 NEGARA

Aku ada 2 bijik kenderaan, satu di KL dan satu di Lumut. Untuk bergerak dari Kl ke Lumut aku lebih selesa menaiki kenderaan awam pilihan No 1 Rakyat Malaysia ( pilihan rakyat india ialah keretapi tau) iaitu bas ekspres. Sebab aku lebih suka tidur di kerusi empuk kohok kohok masam masin pahit pahit kelat manis bas ekspres dari aku menyanyi sorang diri bagi menghilangkan bosan drive selama 4 jam. Bas pilihan aku dah tentulah Transnasional. Aku support sume yang ade perkataan nasional (bergurau). Tambang murah dan ianya sangat selesa untuk membuta, kecualilah jika orang yang duduk di seat depan aku tu jenis orang yang dah biasa naik kapal terbang bussines class, jenis nak duduk die je selesa, kalo kene orang macam tu aku akan ludah atas kepala die mase die tido ( setakat ni aku belum buat lagi, tapi teringin).

Selalunya bagi mengelakkan kene penyakit batu karang, aku akan buang air (sopannyer, nape aku tak cakap kencing ) dulu sebelum bas bergerak, sebab memang agak tidak selesa bergelut antara mengantuk dan menahan kencing ( aku dah tak sopan). Kebiasaanya bila perkara ini berlaku, kemenangan akan berpihak pada En Tido, jadi En Kencing terpaksa tunggu hingga sampai tempat dituju. Ini menambahkan lagi risiko untuk aku mengalami penyakit batu karang yang aku tak mau. Jadi aku cari toilet.

Aku tak selesa kencing di tandas awam, lebih lebih lagi di bus station, malu malu kencing aku nak keluar, aku gagahkan diri untuk ke kedai mamak di seberang jalan, dekat jer lebih kurang 15 langkah kuda jantan arab.

Sesampai di kedai mamak, aku terus ke toilet bagi meneruskan hajat, di depan pintu toilet dengan megahnye tertulis KALAU TIDAK ORDER TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN TANDAS. INI BUKAN TANDAS AWAM. Shit! malu aku. Ahh mampus lah aku redah jugak. Tapi mata mata nakal mamak kedai membuatkan aku serba salah lantas memberhentikan aku. Ish.. Order je lah. Mata nakal mamak yang sial.

Teh Ais satup, order aku sambil mengangkat jari telunjuk menunjukkan satu lantas berjalan masuk dengan berani ke dalam tandas mamak. Tiada lagi kerlingan sinis dari mamak ke atas aku. Fuh...lega. setelah men zipkan seluar aku pun keluar nak blah, sampai meja terakhir sebelum keluar dari kedai, aku terdengar, abang ini air tak mau ka? Aisey ingat plak mamak ni, aku ingat tadi nak buat buat lupe jer. ''satu dua'' kata mamak itu lembut. ''Nah'' balas aku sambil menghulurkan duit.

Wah sejuk sejuk ni kene teh ais, giler aper. Belasah jer la. Aku berlari lari anak ke arah bas yang aku tengok dah dibuka pintunye. Aku sayang plak nak buang air ni, dengan panatas lagak naga menghirup kuah aku menyelesaikan teh ais sehingga bunyi ''slurp slurppp'' kedengaran. Pelastik bungkus teh ais aku buang ke tong sampah berhampiran kerna aku warganegara yang prihatin. Jangan buang sampah merata rata, kebersihan bandar tanggungjawab kita semua.

Kat dalam bas aku dok kat tepi tingkap. kelihatan lubang air cond yang telah rosak dengan air cond menderu keluar . Uhh sangat sejuk best tido ni. Bergerak je bas tu 5 minit aku pun sampai ke Las Vegas.....zzzzzz.

Aduh tak tahan , bile la nak sampai ni. Menyesal aku habiskan teh ais tadi. Muka mamak yang kasi aku teh ais tadi ter flashback dalam kepala hotak aku. Ni brader bas tu baru berenti tadi jauh lagi next stop ni. Aku plak tido. Siut. Aku terpaksa menahan lagi sampai la tempat yang dituju. Aduh aku tanak kene batu karang.

AKU, DIA DAN LAUT

8 bulan dah tak belayar, 8 bulan jugalah aku tak memancing di laut luas, 8 bulan jugak lah aku tak berenang renang ketepian kapal, selama itu jugak lah aku tak menghidu udara segar malam di tengah laut. Dulu masa duduk kapal hari hari aku berdoa supaya dipindahkan ke darat. Dah jemu la konon. Pigidah!! kalo jemu ngan laut, yang gatal dulu masuk askar laut ni sapa suruh? pegilah jadi kerani bank ker, cikgu sekolah ker, makcik kantin ker dah sah sah tak ketemu dengan laut.

Tapi kini, aku baru teringat kembali (baca dalam keadaan berdengung) kenangan kenangan sewaktu aku di kapal dulu......

Pagi pagi lagi seawal 0630 kalo kat kapal mesti ada orang kejut kan, pi pi pi pit, pi pi pi pit, pi pi pi pit, pi pi pi pit, piwit piwitttttt (bunyi
Boatswain's call) ''Wakie wakie, bangun anak anak kapal, bangun''

Bergegas aku bangun p mandi, senang jer
, kuar pintu bilik langkah jer 4 , 5 langkah dah sampai dah toilet. Kalo kat rumah nak kuar bilik lagi pastu nak jalan ker toilet lagi dah berape langkah dah.

Bilik mandi share reramai, boleh borak borak sambil gosok gigi, cume time tu jangan buat lawak sangat la, nanti tersembur plak buih ubat gigi tu kat member memang bertumbuk la kat toilet, jangan memain buih tu, bisa woo kalo masuk mata, boleh buta.

Abih mandi 4,5 langkah semula (langkah lelaki normal) ke kabin untuk pakai baju, time ni la ko nak tengok sape bulu ketiak serabai, kalo ade yang bulu ketiak serabai memang jadi bahan kutukan la untuk hari itu.

Lepas pakai baju siapa yang dah siap tu terus plak pegi ke wardroom soru dulu, sambil makan sambil gosip la. Dari topik politik sampai membawa ke gosip artis, complete la jugak, selalunya tajuk topik adalah berdasarkan berita radio yg dapat pagi tu, aper lu orang ingat tengah laut x dapat berita ke, up to date lah brader.

Abis jer sarap, terus naik atas flag deck sementara nak tunggu both watches kul 8. Pekene dulu dunhill sebatang dua. Syahdu woo kene dunhill sambil angin pagi laut sepoi sepoi bahasa je menyapu nyapu muke ni. Susah nak dapat tu kat darat ni, lelebih lagi kat kolumpo ni, pagi pagi dah kene asap kete itu pasal aku makin hitam (ceh).


Layan Blues sewaktu belayar adalah perkara paling bangang tapi seronok buat

Ahh banyak lagi kenangan kenangan yang kalau boleh nak aku bagitau kat sini, tapi kebanyakkan nye rahsie..hehehe..sajer jer nak test market. kalo ade orang nak dengar boleh gak aku layan pepanjang cite ni. tapi kalo xder orang minat sangat baik aku cite pasal lain, pasal norman ngan memey ker, eh itu isu basi, sekarang yang sensasi kisah Radhi OAG nak cerai ngan bini dier la..Ape cite bro? Dah la cite Antoo Fighter tak berape sedap.

Papehal pun memang best belayar ni....nanti aku cite lagi k..chow...








FIRST COMPLEMENT ONBOARD ex MARIKH

Setelah tamat pengajian dari Pusat Latihan (tak sama langsung dengan pusat serenti yer), aku dan rakan rakan serta merta dihantar ke fleet (armada la). Kami dilepaskan dari pusat latihan seperti kain putih bersih dan dihantar ke kapal untuk dicorakkan.

Ada kawan kawan yang beruntung dihantar ke kapal yang besar (best kapal besar ada gym, court takraw), dan ada jugak kawan kawan aku yang kene hantar ke kapal kecik (kecik x kecik la lebih kurang besar bas rapid kl je, seperti dalam gambar dibawah). Aku dikategorikan beruntung skit la sebab dihantar ke kapal yang terletak di kategori sederhana besar hendaknya tapi xde gym dan court takraw.

Nak dijadikan cerita, aku dan kawan kawan ku yang aku gelarkan mereka Macha dan Jackpot (bukan nama sebenar) berasa riang gembira melaporkan diri ke kapal tersebut. Dalam hati kami rasa riang yang amat sangat sebab kalau kapal besar ni possibilty untuk mendapat katil sendiri yang empuk adalah besar.

Setibanya di kapal kami terus dibawa melawat sekeliling kapal oleh Duty Officer (Seorang pegawai teknikal yang berbadan macam ahli sumo dan bermuka baby face tapi cube garang).
Susah kan nak bayangkan, so jangan bayangkan.

Lepas 30 minit ship tour pun selesai, tibalah masa bersowal jawab (aku suka soal tapi x suka jawab). ''Excuse me sir, (err aku memang seorang yang bersopan santun dan pandai mengambil hati orang tua) kami tido di bilik yang mana satu?'' Sambil menunjukkan ekspresi muka yang serius tapi penuh ketaatan aku bertanya.

Sambil matanya masih di t.v tengok iklan bersamamu die un cakap'' Sebenarnya kapal ni dah ramai Officer, so buat sementara waktu, u all can stay at Tech room. k. takpe tempat tu bersih, kami buat surau bilik tu time belayar. Takpe ye. Nanti kalo dah ade officer draft keluar, korang ambik la bilik diorang.''


***

Tech Room? Surau? Sehingga ada orang keluar?

***

Jackpot yang memang terkenal dengan keramahannya pun menjawab ''Kami tak kisah tuan, tima kasih''

Malam tu Aku, Macha dan Jackpot tidor bersama untuk kali pertamanya. Berbekalkan alas sejadah dan berbantalkan sejadah dengan kesejukkan Air Cond yang tidak berbelah bagi kami tetap bersama hingga ke pagi. (bangun pagi esok, kami agak sukar untuk menggeliat kerana badan sudah krem). Malam tu sebelum tidur aku teringat lagu iklan bersamamu nyanyian Jac Victor.

p/s: Hari tu hari sabtu, hari isnin bile sume orang dah datang kerja, kami berpindah ke Sickbay plak (Medical room le), kali ni ada 2 katil, tapi bau ubat kuat sangat, orang lama kat kapal kata atas katil ni penah letak mayat. Argh gasak la,janji ade katil...

Kenangan Aku Di ex-KD BELADAU


Aku x suke kalau orang panggil aku mamat laut, ye memang benar aku kerja kapal, so what? (joule selalu kata aku gedik bila aku cuba berbahasa ala ala urban chick) macam lah aku xde keje lain selain dari duduk atas laut je. Pemikiran kamu kolot wahai kawan kawan (terutama Diana Dugong) kalau kerja navy je mesti atas laut, huh, ko ingat aku lupa daratan ke? Kami pun ade mase akan kerja di base jugak. Tapi sebelum tu kene la dok kapal dalam 4-5 tahun dulu, baru boleh transfer ke darat. Sebelum dok darat jadi mamat laut la kan??? huh.. Panggil la Abang Navy kan lagi mesra..hehehe.


Permandangan indah se awal pagi..

Okey camni, dolu dolu mase aku di kapal, orang bujang akan menjadi penduduk tetap di kapal , maksud aku, orang bujang akan kerja,makan dan tido di atas kapal. (huh kalo sume bujang x crowded ke? Lu pikir la sendiri) Hanya mereka yang berkahwin je akan pulang ke rumah masing masing. Tapi kalau dah lepas waktu kerja orang bujang tu boleh la keluar pegi mane 2 yang die suke, tapi sebelum pukul 12 mlm pulanglah mereka ke kapal semula ibarat itik pulang ke reban (Itulah kepentingan disiplin) Save woo macam tu, jimat sewa rumah dan duit makan.( terima kasih kerajaan :) ayat bodek kerajaan)

Pergi tengok Wayang kat Ipoh pun salah satu aktiviti bersama jugak

Masa ni lah kami akan merapatkan silaturahim antara satu sama lain dengan cara bermain PS2 sama sama, menonton berita pukul 8 sama sama, makan sama sama, tido pun bilik yang sama, mencurahkan masalah sama sama (curah je masalah tapi setel nye sendiri beb) dan juga berkongsi tandas yang sama. Suma nak buat sama sama. So bagi mengekalkan silaturahim kami akan menjaga kebersihan diri agar orang lain tidak akan tersinggung. Almaklumlah hidup di persekitaran yang comel ni, kene pandai bawak diri. Kalau kau bawak perangai pengotor kau kat kapal, tak selamat la jawabnye. Ade la barang hilang, kene campak laut (barang aku belum pernah hilang lagi yer). Navy memang pembersih bang, tak cayo tanyo den.



Tandas aneh yang sudah tidak digunakan lagi dalam perkhidmatan Tentera Laut
(lepas berak kene pam) Chantek kan? Kecil dan Padat.




Tak semua tempat boleh masuk kat kapal ni beb banyak rahasia.... ko ketuk la pintu tu sampai ada orang buka, kalo xder orang sampai pagi la ketuk.


Kalo ko dah tinggal same same buat satu tempoh masa yang lame di kapal, ko juga mampu bergurau kasar ngan member macam ni