FIRST COMPLEMENT ONBOARD ex MARIKH

Setelah tamat pengajian dari Pusat Latihan (tak sama langsung dengan pusat serenti yer), aku dan rakan rakan serta merta dihantar ke fleet (armada la). Kami dilepaskan dari pusat latihan seperti kain putih bersih dan dihantar ke kapal untuk dicorakkan.

Ada kawan kawan yang beruntung dihantar ke kapal yang besar (best kapal besar ada gym, court takraw), dan ada jugak kawan kawan aku yang kene hantar ke kapal kecik (kecik x kecik la lebih kurang besar bas rapid kl je, seperti dalam gambar dibawah). Aku dikategorikan beruntung skit la sebab dihantar ke kapal yang terletak di kategori sederhana besar hendaknya tapi xde gym dan court takraw.

Nak dijadikan cerita, aku dan kawan kawan ku yang aku gelarkan mereka Macha dan Jackpot (bukan nama sebenar) berasa riang gembira melaporkan diri ke kapal tersebut. Dalam hati kami rasa riang yang amat sangat sebab kalau kapal besar ni possibilty untuk mendapat katil sendiri yang empuk adalah besar.

Setibanya di kapal kami terus dibawa melawat sekeliling kapal oleh Duty Officer (Seorang pegawai teknikal yang berbadan macam ahli sumo dan bermuka baby face tapi cube garang).
Susah kan nak bayangkan, so jangan bayangkan.

Lepas 30 minit ship tour pun selesai, tibalah masa bersowal jawab (aku suka soal tapi x suka jawab). ''Excuse me sir, (err aku memang seorang yang bersopan santun dan pandai mengambil hati orang tua) kami tido di bilik yang mana satu?'' Sambil menunjukkan ekspresi muka yang serius tapi penuh ketaatan aku bertanya.

Sambil matanya masih di t.v tengok iklan bersamamu die un cakap'' Sebenarnya kapal ni dah ramai Officer, so buat sementara waktu, u all can stay at Tech room. k. takpe tempat tu bersih, kami buat surau bilik tu time belayar. Takpe ye. Nanti kalo dah ade officer draft keluar, korang ambik la bilik diorang.''


***

Tech Room? Surau? Sehingga ada orang keluar?

***

Jackpot yang memang terkenal dengan keramahannya pun menjawab ''Kami tak kisah tuan, tima kasih''

Malam tu Aku, Macha dan Jackpot tidor bersama untuk kali pertamanya. Berbekalkan alas sejadah dan berbantalkan sejadah dengan kesejukkan Air Cond yang tidak berbelah bagi kami tetap bersama hingga ke pagi. (bangun pagi esok, kami agak sukar untuk menggeliat kerana badan sudah krem). Malam tu sebelum tidur aku teringat lagu iklan bersamamu nyanyian Jac Victor.

p/s: Hari tu hari sabtu, hari isnin bile sume orang dah datang kerja, kami berpindah ke Sickbay plak (Medical room le), kali ni ada 2 katil, tapi bau ubat kuat sangat, orang lama kat kapal kata atas katil ni penah letak mayat. Argh gasak la,janji ade katil...

2 comments:

Anonymous said...

kesiannyer tak de tmpt tido... boleh ke cam tu?

BuahKranjiDalamPerahu said...

boleh..bukan nye dapat layanan VIP pun.. tapi best..