PAKCIK MACHO YANG HILANG MACHO

Cuti sekolah tahun 1998. Macam tahun tahun yang sebelumnya, aku dan kazen aku loque akan dihantar ke kampung bagi mencurahkan khidmat bakti kepada kedua orang atuk nenek kami. Kami adalah sumber tenaga percuma yang terbaik buat masa itu. Nasib tidak begitu baik, waktu tu dah dekat dekat nak puasa, lepas puasa nak raya, raya ni family aku pakat pakat nak raya sakan. Rumah atuk nak kena cat baru. Kami terpilih untuk melakukan kerja suci itu.

Kerja mengecat ni tak lah susah sangat, cume memerlukan daya tahan yang tinggi jek. Sebagai permulaan kami (aku ngan loque)akan mengikis dulu semua cat lama, kalau tak kikis cat baru takkan melekat. Aku dah cube dah memang tak melekat, kami cube untuk belit tapi tak berjaya. Untuk mengikis cat lame rumah atuk memakan masa 3 hari setengah pastu mengecat plak 4 hari, lebih kurang seminggu lebih jugak la baru siap,Itupun dah sehabis daya dah, kami masih muda remaja waktu itu, keje pun kejap kejap berenti pergi hisap rokok, nak hisap rokok time keje tak boleh plak,line tak clear, nak hisap rokok kene start moto honda cup atuk pergi dalam ladang kelapa sawit,roko pun rembat rokok Goldleaf atuk, time mengecat tu atuk akan bertindak sebagai supervisor, buat round every 1 hour. Walaupun dah berumur 60 an ++ atuk aku stil berantai, dah puas dah aku dengar kegarangan die terhadap mak dan pakcik pakcik aku, aku tak berani amik risiko nak hisap rokok depan die, ko nak mampus?.

Setelah berhempas pulas, rumah atuk yang ade 7 dinding 3 meter dan 2 dinding 2 meter telah setel kami kerjakan. Nampaknya beraya sakan lah family aku tahun tu.Warna tema tahun tu warna kelabu kapal navy, Sangat cantik dengan lanskap bunga kertas di keliling rumah. Berkat kerja ihlas dan tak mengenal jemu itu, salah seorang pakcik aku iaitu Pak Mat bersetuju untuk membawa kami ke Mahkota Parade untuk bershopping. Waktu tu kalo dapat lepak tempat yang belakang ade Parade tu kira hebat jugak lah. Masa tu pun Mahkota Parade tengah top. Awek ramai lepak situ.

Dengar je nak dibawak ke Mahkota Parade, Aku ngan loque pn cargas bersiap,aku dressing t shirt Search warna itam pak teh punye, dengan seluar jeans levis 501 bandel, Kasut plak cikang karipap warne cekelat. Itu dah kira paling bergaya dah tu. Loque pun tanak mengalah pakai t shirt pebende tah warna dark nak kasi nampak rock, seluar bandel gak amik bawah rumah ngan kasut sukan. Dia takde kasut cikang karipap lagi, tapi sebelum raye tu die mintak kat mak die nak angkat satu. Tapi mak die dah terbeli kasut sukan jugak buat pakai raya, tapi dia redha. Rambut kami ditempek dengan brealcream warna hijau, sedap bau die, tapi kalau pakai jangan berpeluh, nanti meleleh warna putih kat dahi.

Kami naik bas Salira tunggu kat depan masjid, lebih kurang 20 minit baru sampai satu. Bas olskool warne biru tak pakai aircond, leh isap rokok dalam tu. Dalam bas kami ambik tempat duduk belakang. Seat panjang untuk 5 orang kami duduk bertiga, Kaki atas seat, muka buat buat ganas, tingkap dibuka seluas mungkin untuk menikmati angin luar, bau lantun menusuk hidung sepanjang perjalanan nak keluar dari Felda tu. Sampai kat Next stop, ade seorang Pak Cik tua dalam lingkungan 50 an, rambut berkilat sikat tepi, pakai spek mata hitam macam Maverick dalam cite Top Gun, baju kemeja kotak kotak ade kesan side yang tajam dikiri kanan baju. Sangat macho dan bergaya, dalam nak pergi tempat duduk pun aku nampak die menegur awek yang duduk kat seat depan tuh, fuh macho orang tue ni getus aku dalam hati.

Pak Cik Macho bayar tambang dan duduk empat seat depan aku. Dalam perjalanan tu orang tue ni asyik batuk2 pastu ludah keluar tingkap, aku tutup terus tingkap aku bagi mengelakkan terkene tempias kahak die, sengal nye Pak Cik, main ludah ludah plak. Masa bas jalan depan skit, angin lantun masuk menusuk ke dalam bas, Pak Cik Macho terus tutup tingkap bas sambil separa menjerit busuk. Die mengomel kat awek cun duduk depan kerusi die, tah ape die cakap tah, awek cun buat tak tau jek.

Sekali lagi Pak Cik Macho batuk, kali ni lagi kuat dan panjang, aku dengar die berkahak yang sangat dalam, abis kasi semua kahak dalam paru paru keluar. Die kemudiannya berpaling ke arah tingkap dan meludah sekuat mungkin. ''Puh!!'' Malang bagi Pak Cik Macho, dia lupa bukak balik tingkap tu, meleleh kahak hijau die kat tingkap. Kami bertiga dah takboleh tahan gelak kuat2 sambil tergolek golek atas seat. Awek dok depan Pak Cik Macho terus tukar seat lain. Pak Cik Macho pelan pelan keluarkan sapu tangan sambil lap tingkap. Abis lap terus die tekan loceng nak berenti. Sampai Pak Cik Macho dah turun pun kami masih ketawa lagi. Pak Cik Macho turun bas dengan muka fedap.

********************************************************************************************************************
Hormatilah orang yang lebih tua dari kita. Mereka Lebih dulu makan garam dari kita

13 comments:

Misya Idris said...

yucks!!geli la!!

.Gha A. said...

dulu penah tolong ayah mengecat..best! dapat conteng2 muka sendirik selain menconteng dinding..haha :P

kek said...

mengecat kalu x kena cara, yg cpat jadi lambat. paling x best kalau mengecat siling, mahu terkehel urat tengkuk.

- Ms. Izyan - said...

mesti merah padam muke pkcik ala2 macho tu kan..?? ngeeeee~

BuahKranjiDalamPerahu said...

bb tiger: kahak hijau itu meleleh di tingkap, serpihannya membasahi segenap tingkap bas....iskh..

Lil: Nasib baik kamu belum belajar fesyen lagi masetu, kalo tak tak tau fesyen mana kamu cat rumah itu...hehehe..

kek: boleh pergi mengurut pastu, saya ade kenal makcik tukang urut yang best..bayaran terserah anda..

Intan: pakcik itu hitam, tidak nampak merah..

Misya Idris said...

eeieieieiei tak yah la elaborate... yuckss

Abdullah Sufi said...

Bapak rock citer kau.. Hahaaha.. Aku pon dah igt-igt luper..

panggil aku shEh said...

huh..cian pak cik macho.
tapi lagi kesian awek cun
huh! penangan kahak yg amat..

BuahKranjiDalamPerahu said...

baby tiger: hak hak hak..anda seorang penggeli..

Dosa: Ko dan aku adalah keramat hidup, banyak lagi perkara sengal yang belum kita catatkan..

Sheh: Orang Yang berlagak macho itu lah padahnya..

Anonymous said...

OMG gila punya pengotor! yucks...

Abdullah Sufi said...

aku keramat permai, kau pasar keramat..

Shemmi said...

haha...cipan tol!! aku cukup benci dgn si peludah di tempat awam spt di jln masjid india

Cikgu Puaka said...

perghh geli nak mati